Monday, February 2, 2009

pesan.

jangan lupa treatment bulan 2 nih...
kau harus pergi...
aku tunggu kau ajak aku...
dan jangan lupa tersenyum, itu penawar untuk aku yang jauh...

Friday, January 30, 2009

....puki...(sorry, tiada tajuk yg lebih sesuai dan waras dpt aku fikirkan)

dunia ini penuh dengan...


MANUSIA HIPOKRIT


HATI DAN PERASAAN


PENGORBANAN


KEBODOHAN


dulu, aku sangka, perubahan yang aku cuba lakukan adalah yg terbaik sekali...
tapi ternyata, tak semua keputusan tu, tepat.

ini cerita hati, cerita hati yg dulunya merah bersih, tapi sekarang dah hitam mati.
ini cerita jiwa, cerita jiwa yg dulunya meronta, tapi sekarang dah kaku, pegun.

ini cerita perasaan, cerita perasaan yg dulunya sayang, tapi sekarang dah tawar..
ini cerita aku, cerita aku yg dulunya kuat, tapi sekarang dah lemah..

cerita si sundal yang pernah menitiskan air mata kerana takut kehilangan seseorang kerana ajal tuhan,
cerita si sundal yang pernah berjanji bersumpah seranah setia tunggang terbalik melawan ajal doc,
cerita si sundal yang pernah berjanji bersumpah seranah setia tunggang terbalik sehidup semati,

cerita si sundal yang kini menitiskan air mata kerana kebodohan sendiri,
cerita si sundal yang kini menitiskan air mata kerana emosi sendiri,
cerita si sundal yang kini menitiskan air mata kerana akan tinggal sendiri..

cerita si sundal yang menyundal... dan dipersundalkan....

mungkin sampai sini sahaja.... aku dah penat berseloroh bersama² kamu yg tidak aku kenal...

Thursday, January 22, 2009

MaLam² Yg MembOsaNkaN Lagi

aku berbaring di atas katil melihat sesuatu di screen psp, aku masih tak faham dengan manusia manusia itu....

jam 6 ptg tadi, member² aku datang ke rumah, pasang kemah kawen untuk abang aku, dia akan berumah tangga hari jumaat nih dan majlis di rumah mak aku akan diadakan pada hari ahad.... jiran aku tergur semalam,

"wah, dapat akak ipar lah kau".....

aku jawab,

"akak ipar aku tak kesah, aku cuma kesah bila dah keluar anak buah, bertambah lagi makhluk² kecil yg mencukur isi² tulang kering aku di hari raya tanpa belas kasihan.. anak² sedara pun tak abes adap"

member² aku nih baru 1st time pasang kemah, punyer lah terkial², kol 6 stard pasang, kol 1 pagi baru abes, 5 kemah semuanya, mak aku yg nak sampai 5 kemah, anak kesayangan nya lah katakan... nasib baek aku nih jenis yg berbudi bahasa, aku hidangkan dier orang dengan cekodok pisang dan air oren...

11:57 hf aku berbunyi, bunyi²an dari alam laen, bunyi tu berbunyi begini..

"rindu sang jejet"

ok la, dapat la gak aku tersenyum selepas puas tergelak melihat telatah kekawan aku pasang kemah..

manusia nih mudah lupa dengan perkara yang remeh temeh.. perkara yang remeh tapi sangat² penting.. contonhnya, kentut... tahukah engkau, kalau kau tak kentut dalam masa satu hari, ianya akan menyebapkan usus perut mengembang dan segala sisa² buangan akan tersangkut, tidak bergerak, dan menyebapkan perut anda membuncit, kuman akan berkumpul dan mungkin akan diakhiri dengan kanser usus... dan beberapa minggu lepas, sedara ku meninggal akibat dari kanser usus.. bukan maen ramai lagi yg datang, maklum lah, adik ipa pada timbalan menteri pertananan.. hmm, criter laen...

aku melihat lagi sesuatu di screen psp... keadaan senyap sunyi, jam menunjukkan pukul 2pagi.. sedikit air mata mengalir.. hmm, bukan mengalir lah, banyak sangat bunyiknyer kalau mengalir, kire meleleh la.... sedikit air mata meleleh, tak sampai pun ke pipi.. bukan sebap aku kesat, tapi memang tak sampai ke pipi sebap sikit sangat. aku bangun, buka pintu bilik.. bunyi air yang datang dari waterfall dalam rumah ku... kemudian aku masuk semula kebilik dan tutup pintu.. aku pun tak tahu kenaper aku buat camtu.. aku rebah ke katil semula..

tetiber aku cam terbau someting yg kurang menyenangkan, cam bau busuk giler, aku pandang ke bawah katil, gelap, tapi bau tu memang datang dari bawah katil... memang dari mula tadi memang dah ader bau tu, tapi takader lah kuat sangat, mungkin sebap aku bukak kipas tadi.. aku bangun dari katil, dan tunduk ke bawah katil...

hmm... aku terlupa, cengkerik untuk cik² yg menumpang dalam bilik ku, aku letak di bawah katil, tapi luper nak kluarkan dari dlm plastik, so mati dah cengkerik tu... ngok betul.. hmm.. tak best pun kan cerite nih... cam bosan jer... nak publish ker?




ala, tekan jer lah butang oren bawah nih....

Wednesday, January 21, 2009

perluker?

perluker kau panggil aku jauh² meeting semata² nak tentukan samaada majlis jamuan pecah tanah nanti nak hidang kan apam johol atau apam tampin kepada MB?

aku bukannyer kampeni jager makan!! bangang!!

btw, cadangan bukak kemah cendol tu, ko ingat aku tak tau ke tu idea saper? huh~!!!

Tuesday, January 20, 2009

indah hari ini?

-secawan kopi pagi tadi yg dah sangat² sejok giler, dah lebih sejuk dari kopi o ice..
-sebotol air tropicana twis (semalam punyer)
-beberapa cebisan lego yang telah disambung²kan menjadi sebijik handfone..
-satu kelendar dari kilang kereta buatan jepun
-taburan kertas yg berselerak tanda aku rajin buat² kerja
-dan sedikit kasih sayang di sudut meja..

indah giler hari nih, aku boleh buat kerja tanpa gangguan dari anasir² jahat, takperlu melayan kerenah makhluk halus yang seybuk berdecit² di hf mengingatkan sesuatu yang menggusarkan. mengingatkan sesuatu yang tiada kena mengena denganya. takperlu melayan perasaan si perasaan yg mengada² minta dimanja²kan, tak perlu menyemakkan kepala dengan masalah dan perasaan orang laen yang mengganggu kosentrasi dan kredebeliti kerja ku..

owh indahnya hari ini bila berjauhan dan diabaikan... bagai berada di dalam graviti sifar. terbang bebas tanpa kaca di mata... boleh hinggap dimana² bintang, si perasaan pasti sedang menggigil, menderita, mengerengkot kesejukan di office.. padan muka, saper suruh tak bawak baju sejuk... sebok dengan perasaan kau saje, perasaan aku, kau sekat, aku bukan seorang yg perlu duduk di hujung sudut meluahkan semua cerita...

pulang lah kau wahai si perasaan, masa kerja kau dah habis, kalau aku tak penat ataupun terlupa ataupun apa² sahaja alasan ku yg takperlu kau ambil tahu, nanti aku msg kau, dan berikan sedikit harapan....

perubahan..

kopi o panas dah berubah menjadi kopi o ice... urghh!!!

giler sejuk ekon kat opis nih, raser nak letupkan jer...

kau jangan pernah lupa makan ubat tepat pada masanya...

atau aku letupkan perut kau yang penuh dengan ubat tidur tu...

kuew tiaw goreng, kopi o pekat..

bangun pagi nih, aku capai hf, tekan² aper yg patut.. pagi nih bagun laen sikit, sebap keadaan rumah yang tidak sunyi.. ma tak kerja, n abg aku balik mlm tadi.. aku bangun, n macam biaser lah, ketuk² kaca pemisah antara aku dan dia, tapi tiada balasan.. tiada sedikit pun tindak balas, bongek punyer cikrosehair, cuber la cakap "selamat pagi" ker haper ker... nih senyap jer... huh!!

malam tadi indah gila, ada yang datang mengusap² rambut aku apabila aku sedang baring kesakitan di atas ribanya,

"hmm, kau dah banyak uban lah..."

"tah lah, banyak berfikir kot"

"ko dah tue sbenarnyer, heheee..." sambil tersenyum manis..

"huh! kalo tak kutuk aku tak sah kan?"

"heee... rambut kau kasar la, macam berus!!..."

"huh! tau la rambut kau lawa"

"heee.. lawa kan rambut aku?..."

"ha'ah, macam bulu cencorot!"


aku hidupkan enjen motor, dan memecut laju ke tempat kerjer, singgah di sebuah kedai kampung dan aku beli kuew tiaw goreng...

sampai je office, aku terus g bwat air kopi o pekat giler babi.. sedap giler.. dapat la lepas kan gian minum kopi pekat di malam hari dengan orang yg aku selesa.. skrang nih, aku baru jer abis sarapan, berlatar belakangkan lagu dari faizal tahir.. puki betul designer aku nih, dari semalam, aku hannya dengar lagu yang sama nih kluar dari spekar komputer dier...

btw, hf aku dah kener bar.. minta maaf kepada peminat² yang tidak menerima sms undi dari ku pagi ini..