Wednesday, September 24, 2008

Sumpah Lawa!!


KRIS VAN ASSCHE

ader sesiapa yg nak belikan? sila private msg aku.. heheee...

Dinding Kosong Dinding Sundal

dah lamer tak mencakar.. semenjak aku pindah, nih la kali pertama aku menyundal dengan dinding lagi... tapi kalini aku berpuas hati dengan hasilnya, rakan² pun memberi semangat, mengatakan aku dah semakin maju.. uyeh~ majulah sukan untuk negara,

CroWs ZerO

aku bukan lah sorang yg minat sangat dengan crite jepang jepang ney, tapi ader la sesetengah cerita yg aku minat.. kebanyakannyer mesti pasal gangster, yakuza, dan laen² yg melibatkan kongsi gelap, gaduh², dan lawak... pernah nengok CROWS ZERO? cuber try test...

SecAWan KapoCinO KaPoKasUt, LangSiR JePun, RaksAksA Rakus..




malam tadi mengayau lagi, berpusing² dengan alasan mencari secawan kopi, ok, walau pun aku minum jus eppal mlm tadi..

padamulanya ke gian, membeli sedikit keperluan.. sudah agak lewat, tapi hentam jer, sip baik masih buka.. dicapai 3 kotak santan dengan gurau senda.. masih aku tak faham, kenapa ramai sangat si dungu yg membawa ber troli² barang beratur di kaunter ekspres untuk membuat pembayaran...

kemudian ke sebuah restoran cina, jap, teringat.. pernah sorang rakan ku bertanya

"boleh makan ker kat sini?..."

"boleh la, kenaper?"

"nih kan kedai cina, ko tak takut ker kalo dier ader taruk..."

"........"

(ala, tetiber hilang mood nak menulis... mari menonton)

walau aper pun, terima kasih k raksaksa ketiak..

Tuesday, September 23, 2008

BudAk SakiT

kerana sebap sakit, aku akan lebih dikasihi..

kerana sebap sakit, aku akan lebih diberi perhatian..

kerana sebap sakit, aku dapat apa yg aku mahukan..

kerana sebap sakit, aku masih mampu berdiri hingga kini...



"tapi tu kan meminta belas kasihan namanya".... pernah disebut oleh seseorang yg aku pun dah lupa tah mana datangnya..


sebap tu "BudaK Sakit"...


urghh.. per aku ngarut nih.. ok, mari sambung berjalan mengharung malam kelam sundal sejuk sepi kelam...

SunDaL MalaM sEpi

12.03Am...

sejuk, bosan, takut, risau, smuer bercampur gaul......

"takder aper yg nak ditakutkan"... kata mulut

"tapi kau sendiri tau kan aper keputusannyer"... kata hati

"takder lah, biar esok yg tentukan"... kata mulut

"hmm... kita cuba"... kata hati


ok, aku takut.....

Monday, September 22, 2008

Buah Hati Batu..

MaLam² Yg MembOsaNkaN


takder aper yg dapat menenangkan aku melainkan berjalan berpusing² sambil berkhayal hanyut dalam kelip² cahaya malam yang membosankan..

menghabiskan minyak berpusing² di bandaraya, tapi selalunya bandar jahanam otak tepu aku nih lebih berbusing² mencari jalan penyelesaian.. jika tiada jalan penyelesaian pun, cukup lah sekadar jalan² kabur untuk membohong perasaan sendiri...

sungguh loser bunyinyer kan? hmm.. ok la, aku akur..

serabut...


yup, membosankan, tapi itu lebih bagus dari duduk di rumah melayan perasaan yang tak keruan.. yang hannya menyebapkan kau membuat sesuatu yg bodoh.. bunyinya agak emosi...?

"PEGI MAMPOS, NIH BLOG AKU, KALAU INGINKAN TULISAN² YG LEBIH BERMOTIVASI, SILA KE BLOG LAIN, ATAUPUN, BUAT BLOG SENDIRI"...

hahahahaha!

sekian.

Siakap Tiga Rasa, KerAbu MangGA, ChaP Chai TauFoO...


RakSakSa KetiAk YG PeLaPar




kadang², diri jadi risau...

kerana kadang kala, panas tak dijamin sampai ke petang..

kerabu mangga tak semestinya masam..

siakap 3 rasa tak semestinya 3 rasa..

entahlah.. berusha, dan berserah...

Friday, September 5, 2008

bosan!

lamernyer tak menulis.. tak kesah, sebap aku tahu tak ramai yg membaca, dan kau yg membaca pun, aku kenal siapa.. takperlu pandang ke belakang.


(jap, nak potong kuku)

tiba tika

tiba² hari nih aku rasa seperti aku sudah mula tidak diperlukan lagi... tidak seperti dulu, dimana dia sentiasa mahu aku ada di sisinya... ingin ku berjanji agar ada di sisinya walau apa pun terjadi...

rindu nya dengan satu masa dulu, masa yang penuh dengan kata² sayang.. masa yang dahaga dengan kerinduan..

kini pun sudah jarang mengutarakan hal hal kesihatan..

terasa seperti sudah tidak diperlukan lagi..

tapi aku takpernah menyesal atas semua yang dah terjadi, ia menjadikan aku lebih sempurna, berlawan dengan kecacatan.