Wednesday, December 31, 2008

TerIMa KasiH 2008




















terima kasih 2008 untuk semua yang indah²,

tiada yang terindah pernah aku lalui melainkan kau,

kewarasan,

kematangan,

selamat datang 2009,

kau buat aku menjadi tua,

tiada apa yang besar² aku harapkan,

cukuplah sekadar memiliki sesuatu yang indah,

yg aku sedang rangkul sekarang...

Monday, December 22, 2008

escape...


bangun pagi tadi, terjaga dari mimpi ngeri, yang dahulunya sesuatu yang indah pernah dan selalu aku lalui.. tapi yang indah tidak pernah kekal, smua telah ditukar dengan jeritan pedih dari dalam hati yang diramas².. nyaring, tapi tak didengar...

aku genggam sedikit rambut di belakang kepala.. dan sedikit cengkaman dengan jari dikenakan...

melangkah ke bilik air seperti biasa, sedikit kebencian timbul bila terpandang cermin.. aku cuci darah keras di tangan, berus gigi dengan anak mata tepat memandang ke cermin, kemudian terus mandi.. seperti biasa...

terus termenung, terus mengelamun, terus berdenyut, aku bersiap, dan panaskan enjen kereta.....


tapi harinih aku tidak ke tempat kerja, aku hannya memandu mengikut arah rasa, melintasi masa² lampau, berhenti di sebatang sungai yang selalu menjadi bualan dan senda gurau, aku lemparkan beg duit, hf, dan smua yang ada.... lantas teruskan perjalanan...

buat masa ini, fikiran sangat² kosong.. yang tinggal hannya lah sekotak rokok... menari² minta dinyalakan... asapnya yg memberahikan... bau cengkih menusuk² masuk ke hidung...

lantas berhenti di tepi sebuah air terjun yang sangat cantik, ku sorong kereta ke dalam sungai, dan biarkan dihanyutkan air... asap rokok ku sedut dalam², indahnya...

sambil memandang ke langit, aku berpusing² dan menghembuskan asap rokok sendirian, tanpa rasa pening, tanpa rasa mual... semua yang indah², kepala terasa sangat ringan, angin sepoi² bahasa, mata tidak pedih lagi, badan tak sakit, kesan luka di tangan tertutup dengan sendiri...

nyaman... aku menanggalkan pakaian, dan berdiri di hujung cerun air terjun yang sangat tinggi... sangat nyaman, rembisan² air terjun yang sejuk, menyelimuti badan.. aku pejam mata dengan erat, dan merebahkan diri terus ke bawah dengan kelajuan......

"BOLEH TAK JANGAN TANYER AKU? AKU MALAS NAK CAKAP, LAGIPUN INI BUKAN URUSAN KAU!"

"TAK, AKU SENTIASA DENGAN KAU"

"HATI TAK BRUBAH, TAPI AKN TERUS DIPAKSA"

"TRY LELAP PUN XLEH.. KAN BGOS KO AD KAT NGAN AKU"

"XLA... DUN WORY BEBEH... AKU XKAN TGGLKN KO OK.. MELAENKAN KO.."

"XSMUA BENDA KAU PERLU TAHU"

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tak sempat jatuh, aku bangun...... lihat jam... 10.05am

padam enjen kereta...

"lagi bagus kalau aku bawak motor hari nih..."

Thursday, December 18, 2008

KuraNGkAn LajU


aku rindu kau..aku rindu nak tarik rambut kau. aku rindu nak cakap yg kau sangat boncet. aku rindu nak kua deting dgn kau. aku rindu sms kau pada setiap pagi walaupun seawal subuh!!. aku rindu dgn perangai kau yg mcm setan!!
aku rindu masa mula hubugan kita rapat. aku rindu masa kau di rumah sakit kerana kau teman aku chating walaupun kau kene pakai topeng bantuan pernafasan. aku rindu masa 1st date kita kat nasik ayam nadia. aku rindu..rindu..rindu...


aku nak refresh balik memori masa aku kenal kau.

1. mespes
2.komen & reply
3.komen & reply..komen & reply..komen & reply..komen & reply
4.cencorot tersepit yg masam!!
5.pulis pencen!!
6.komen & reply..komen & reply..komen & reply..komen & reply
7.pertukaran nombor henpon
8.sms..sms..sms..sms..
9.perjumpaan pertama --------> nasi ayam nadia!...eh silap banyak kali nak jumpe tapi kau mengelak..hihhiii
10.s.a.k.i.t (walaupun aku tau kau sakit dah lama)
11.pindah balik kg
12.genting.. :)
13.jauh
14.jauh
15.jauh

aku raser cam masa tu berlalu laju sangat.. sangat² laju... sangat² laju.. bencinya aku dengan kalajuan nih.. datang dengan pantas, merangkul aku selangkah dua, dan meninggalkan aku haruman hasil pelukan yg kau lepaskan... dan semakin jauh.. jauh.. n jauh...

tetiba mata aku sakit.

Wednesday, December 17, 2008

ObseSi DiRi


aku tak tau kenaper aku sangat² obses dengan band nih.. dari dlm i-pod, PSP, handfone, komputer pejabat, sehinggalah kedalam kereta, pasti akan ada track² darinya..

aku akui, dari dulu lagi, semua lagu² nya membawa makna kepada diri aku.. ada saja bender yang akan berpusing didalam kepala bila dengar lagu dari band nih...

dari singel pertamanya "yellow" ketika aku sekolah menengah dulu, sehingga lah album terbaru "viva la vida"... smua lagunya mengimbau banyak kenangan kepada aku.. dari manis, sehinggalah ke masam... dan bila aku menyanyi, ianya seperti menyanyikan untuk diri sendiri.... meronta² hati dan menyepak² batang hidung sendiri..

kadang kala aku rasakan ianya seperti satu perjalanan hidup aku sendiri.... baris² lirik lagu yang sempurna... dengan bunyi musik yang.. hmm.. susah nak cakap...

malam tadi, sedikit payah untuk tidur, tambahan pula dengan tangan kanan aku yang bengkak akibat digigit haiwan terbang liar.. aku capai psp di tepi katil, dan mainkan lagu yang dapat membuatkan aku teringatkan yang indah².. walaupun liriknya tidak sesuai dengan keadaan, tapi cukup untuk membohong perasaan sendiri... dan tertidur lena dibuai mimpi² "tipu"..

terasa seperti perlukan sedikit semangat untuk terus berjuang? walaupun dah tahu kau tetap akan kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup.. layan lagu nih...

Thursday, December 11, 2008

"WHy So FuckinG SerIous!!?"

tak perlu semangat untuk menakutkan lawan... hannya perlukan gunakan "kepala"...



HAHAHAHAHAHAH!!!!!!!

Wednesday, December 10, 2008

"A PacKeT Of StuPid CiGareT, n A boTTle Of BoRIng BeEr"

aku terbangun tidur, dikejutkan oleh mimpi yang tak best..
aku pandang jam di atas meja sebelah katilku.... 3.50am...
aku mengesat air mata yang kluar, dan cuba pejamkan smula
mata nih...terasa agak pedih, bermacam² persoalan yang
bermain dalam minda... dengan mata yang tertutup, aku cuba
capai hf yang aku lemparkan kebawah sebelum aku tidur tadi..

"hmm.. dah jadi kepada beberapa bahagian.."

dengan malas, aku menyalakan lampu aquarium di sebelah katil
ku,angkat badan yang berat dengan dosa nih dan bersandar di
kepala katil sambil melihat ke arah aquarium.. cik rose hair
sedang menjalankan misinya untuk melepaskan diri.. aku
tersenyum sendiri sambil berkata di dalam hati..

"nanti dah gaji, aku berikan kau tempat yg lebih besar ok?
buat masa nih, kau kongsi lah dulu ruang sempit tu dengan
cik red knee"..

aku membongkok ke bawah, mengutip semula cebisan² hf...
pasang... kemudian kembali bersandar di kepala katil dan
menghidupkan nya... sedikit genggaman erat aku kenakan ke
hf dengan harapan, ianya akan berbunyi..

hampa... yang berbunyi hannyalah cengkerik di dalam bilikku
yang menunggu masa untuk dijadikan makanan kepada cik² yg
berkongsi bilik dengan ku..

aku capai kotak rokok sampoerna di atas meja, seluk kan jari
ke dalam.. kekiri.... kekanan.... hmm...

"habis"

bunyi cengkerik menerjah² telinga ku seperti cuba untuk
menyatakan sesuatu,mungkin menggelakkan aku, sial betul,
lantas aku lemparkan kotak rokok kosong itu kedalam bekas
cengkerik..

"baru kau nak senyap?... hmm..."

aku cuba untuk lelapkan mata semula, tapi sangat² susah
untuk terlena.. yang senang hannya bayangan mimpi berulang²
kali menerjah...

aku bangun semula melafaskan beberapa cerca sula dan maki²
hamun kepada diri sendiri, capai kunci kereta dan keluar
menuju ke 7sebelas di pekan...

di pekan, semuanya kosong, kelihatan sangat² kosong.. hannya
lampu jalan yang menerangi kekosongan, menerangi sesuatu
yang kosong, yang lebih senang dikatakan, sia².. sia² menerangi
suatu tempat yg tidak berpenghuni.. hannya kadang kala,
terdengar salakkan anjing di belakang bangunan... yang sangat
gah bunyinya, tapi tidak kelihatan...

aku melangkah masuk ke dalam 7sebelas, disambut dengan bunyi
peti sejuk yang kuat.. dari jauh aku lihat tiada orang di kaunter..

"hmm, budak nih tido kat blakang kot.."

sampai je aku di kaunter, kelihatan di bahagian bawah, gadis
kecil yg selalu tersenyum pada ku, sedang terlentok... aku
kenal dia,dia selalu senyum pada aku, dan dia juga tau jenis
rokok yang aku hisap, bila dia lihat saja aku melangkah masuk ke
kedai itu, dia dah siap sedia memusingkan badannya dan mencapai
sekotak sampoerna hijau 14 untuk aku... tapi kalinih dia terlena.

aku capai sebatang straw di atas kaunter, lalu lemparkan tepat ke
kepalanya,

tidak sedar....

sebatang lagi aku capai dan lempar, kali nih terkena pada tangannya,

tidak juga sedar....

kelihatan seorang lagi pekerja keluar dari bilik belakang, lalu aku
tegur dia..

"tu, kawan kau kat depan tu dah pengsan" sambil aku tersenyum..

aku berlalu ke belakang, melihat kedalam cermin, untuk memilih air
minuman... tak tau aper yg nak diminum, agak lama aku membelek..
terpandang sebotol air yg menyebapkan aku dibuang kolej...

aku tersenyum..........

"nak bukak sekali tak?" tanya dia...

"hmm, takper ah, boleh pakai gigi..."

"patah gigi tu nanti, gongak, padan muke, dah tak hensem" balas
dia lagi sambil tersenyum manis...

"hmm, sukati ah budak kecitt, nah, bukak..."

sambil bukak penutup botol...

"aper kes nih? baru balik ker?" cubaan berani dia untuk berborak panjang..

"tak lah, baru kluar..." sambil aku tersenyum dan membuka plastik pada kotak rokok..

dia hannya tersenyum...

di luar kedai, aku menyalakan sebatang rokok, sambil menegup air
sundal yg dah lama aku tak minum... hmm.. rasanya tetap sama..
pahit.. dan kelat... tapi naluri manusia yang ingin kan sesuatu
macam aku nih, memang sukar untuk dilarang.... aku duduk di atas
hood depan kereta... dan cuba untuk menenangkan otak..

tak sampai stengah jam, sebatang lagi aku nyalakan... kelihatan
sekawan anjing berlari² keriangan menyelongkar tong sampah..
seperti kanak² membuka pembalut hadiah ketika harijadinya..
sejuk... sangat² sejuk...bermacam benda berpusing² di dalam otak
aku... dari yang membina, hinggalah yang membunuh... dari rasa
kecintaan, sampailah kebencian yg disusuli dengan caci maki busuk...
(kerana datang dari mulut yang busuk berbau asap sampoerna dan
arak murah ini)

kehidupan.. sesetengah perkara, memerlukan suatu tempoh yang
sangat² lama untuk berlaku perubahan... tapi sesetengah perkara
lagi, hannya perlukan sekilas pandangan untuk berubah...
dari yang baik ke buruk,
dari sayang ke benci,
dari suka ke meluat,
dari hidup ke mati...

belum sempat habis air di dalam botol, aku turun dari hood
depan kereta, pergi ke bonet belakang... buka.....

"thanks GOD for the spray can.." walaupun aku tau memang dalam
bonet kereta nih melambak² dengan spray can yang penuh mahupun
yg dah kosong...

aku pergi ke dinding kosong sebelah kedai 7sebelas itu..
dan mula melancapkan tin yang masih penuh lagi.. bergema bunyi
bebola besi yang ada di dalam spray can tersebut menyelinap
masuk ke bangunan² kosong di sekeliling..

si kecil dari dalam 7sebelas tadi pun keluar, memandang aku dari
tepi, aku hannya tersenyum, lalu manudingkan jari ke arah dinding...

"boleh?" tanya aku..

dia tersenyum, dan masuk semula ke dalam kedai.. tanda ok la tu.. heheee...

belum sempat aku nak menyundal, tiba² terdengar semula bunyi
salakan anjing tadi.. kali nih aku lihat, 7-8 ekor anjing mengejar
seekor kucing dan sedang berlari ke arah ku.. dan dengan pantas
juga, tangan aku terus membaling botol arak yg aku pegang
tadi ke arah anjing² itu.. tidak kena, tapi botol tu pecah berderai
di atas jalan dan menyebapkan anjing itu lari... kucing yg dikejar
tadi segera menyelinap masuk ke dalam longkang... hmm...

bila keadaan dah tersepit, sesuatu itu, tak kira haiwan,
atau manusia, perlu mencari jalan penyelesaian, samaada terus lari,
atau menyorok, atau lawan... sekiranya terus lari, lama kelamaan
kau akan penat, dan berhenti juga.. sekiranya kau menyorok dari
masalah, lama kelamaan, ianya akan menjadi bertambah besar,
dan kau terpaksa menghadapinya juga, tapi jika kau lawan,
walaupun tiada pengalaman, tapi ianya akan mendewasakan kau,
dan sekiranya kau kalah, kau kalah kerana berusha..
bukan kerana putus asa...

aku pergi ke longkang, kelihatan si kucing menggigil ketakutan..
aku membongkok dan cuba capai, tapi tak sampai..
bila aku bagun dari longkang, kelihatan seekor lagi anjing
sedang memandang tepat ke arah ku, lebih besar, dan lebih ganas...

"shit!!!" (dalam hati aku mencarut).. aku letakkan spray can
yang aku pegang tadi perlahan² agar tidak didengari,
lalu bangun sementara anjing tadi sudah datang menuju ke arah ku...

"kau buat aper tu?" tanya si anjing...

"ni ha, kucing nih kener kejar anjing, pastu dier lari masuk
longkang, aku nak selamatkan lah.." balas ku kepada anjing besar tu..
dalam hati aku berkata, jangan harap aku nak panggil kau datuk
or tuan or abang.. stakat anjing prebet macam kau, umur setahun
jagung lagi, jangan nak berlagak...

seekor lagi anjing datang kepada ku, mungkin dari dalam kedai
7sebelas tu.. lalu bertanya..

"depan tu kreta kau?"

"a'ah, knaper ek?" aku mencari pasal...

"kau buat aper kat sini?"

adeh, terpaksa lah aku bercerita lagi kepada seekor lagi anjing
nih, nasip baek di sebelah 7sebelas, kalau dalam yahoo massager,
memang aku copy paste jer kat dahi dier aper yg aku dah ceritakan
tadi pada anjing sekor lagi tu..

habis cerita, aku nyalakan sebatang lagi rokok untuk kelihatan
cool di depan anjing tu..

"dah, g balik.." pinta anjing tu pada aku...

aku terus masuk ke dalam kreta, buka tingkap kreta, lalu menghembuskan
asap keluar tingkap ala² gaya hero² melayu yang merokok...


.......hidupkan enjen kereta........

sampai rumah.. ma bising lagi... aku hannya senyum...
dan sambung tidur...

kadang², kita takperlu untuk bersungguh² mencuba melupakan
sesuatu yang kita terlampau taksub untuk melupakan.. kita hannya
perlukan satu situasi yang dapat mengalihkan perhatian minda..
kawan, itu yang paling berkesan untuk melupakan sesuatu yang
menyebapkan kau tertekan.. ok walaupun dalam cerita diatas takder
sentuh apa² pun pasal kawan......



hmm.. ok.. ada...




"sekawan anjing"... heheheeee... :)

Friday, December 5, 2008

Wednesday, December 3, 2008

KaU SUNDaL!!!

aku akui, kita kenal tak lama...
tapi dalam tempoh masa sundal singkat nih, aku dah kenal dengan semua perangai kau, semua gerak kau dapat aku baca, bukan sekali dua kau bersalin kulit sepanjang pengenalan kita, banyak kali!!!!

aku tempat kan kau di tempat yang istimewa, aku belanja kau makan, tiap malam aku ketuk kaca yang memisahkan kita, tapi, akhirnya, kau pergi begitu saja.. kau sundal!!!

aku rindu pada kau, walau aku tahu, kau masih ada di sekeliling ku, kadang terasa, jari jemarimu merayap di pipiku ketika ku sedang tidur, bila terjaga, aku akur, itu hanya ilusi....

ingat tak kau pertama kali bebola mata nih kau tenung?

ingat tak kau pertama kali jari jemari halus kau merayap di tangan ku?

ingat tak kau gelak tawa ku bila melihat telatah kau berlari² kecil?

ingat tak kau betapa bangga nya aku bila membawa kau berjumpa rakan² ku?

kau sundal!!!

kau sundal kerana meninggalkan aku!!!!


hati aku berbelah bagi... kadang² risau tentang keadaan kau bila kau tiada di sisi katil ku, kadang kala aku menyumpah seranah kerana kau sanggup melarikan diri dari aku.. apa salah aku!!!? apa salah aku sampai kau sanggup tinggalkan aku keseorangan menderita macam nih!!!!!?

pergilah... pergilah kalau itu yang kau mahukan.. kebebasan, aku tau, kau idamkan kebebasan yang mutlak.. pergilah... sekurang²nya, kau telah mengajar aku banyak perkara...

sekarang, aku dah tak hiraukan pasal kau lagi... aku sudah ada teman baru, yang lebih mungkil dah besar dari kau, walaupun baru mengenalinya, tapi gerak lembutnya, cukup untuk buat aku melupakan tentang engkau yang tidak mengenang budi... cukup untuk melupakan kau yang murah!!! bukan satu, tapi aku sudah punya dua pengganti mu... baca bibir ku ini sundall!!! DUA!!!! D.U.A!!!!!! paham? yang lebih besar dari kau!!!!

sengaja aku lampirkan sekali warkah ini dengan gambar mereka, dengan harapan bila kau terbaca nanti, kau akan menyesal dengan apa yang telah kau lakukan terhadap diriku, dan diri kau sendiri... btw, mereka lebih gemar bergambar dengan ku dari kau yg hannya tahu melarikan diri...







cik rose hair tarantula








cik red knee tarantula


huh!!! puas hati aku, setakat costarican tiger rump tarantula macam kau, melambak boleh dapat!!!

Tuesday, December 2, 2008

MembUdayAkan BeKaL MakanAN

dari dulu lagi, time aku kecik², ma dah momok kan aku dengan bekal² makanan yang dia masak sendiri, walaupun aku akui ianya kurang enak... kalau tak kentang goreng bersama telur scram, ianya mesti roti yg dipalit² kan dengan mentega kacang yg boleh menyebapkan roti itu melekat² pada gigi ketika dimakan...

skrang nih pun aku dah mula membawa bekal ke office.. bangun pagi, ma sudah ke tempat kerja, hannya akan tinggal aku yg baru bangun,

terkelip² di kaki katil....

membalas msg si dia....

mengetuk² balang kaca di sebelah katil....

menunggu si dia membalas msg kembali....

jika tiada, baru lah aku bangun....

membuat senaman serba sedikit....

siapkan sarapan untuk diri sendiri....

capai tuala di belakang pintu....

kembali mengetuk² balang kaca di sebelah katil....

masuk ke bilik air....

berangan di depan cermin....

mandi....



hari nih aku masak masala roll.... hebat kan? tak lah hebat mana, ianya aku bungkus malam tadi dari kedai mapley, aku hannya perlu masukkan ke dalam oven pagi tadi...

dan bila aku makan di office nih, semua orang akan menjeling kerana kekuranggan kesopanan aku makan depan komputer... lantak ah, nih bekal aku, kalau nak, bawak sendiri!!!! huhuhuhu...

walaupun aku nih seorang perokok yg tegar, tapi sekarang sudah mula kurang menghisap rokok, buktinya, aku masih belum lagi menghisap rokok pagi nih... mungkin akan tiba masanya bila seseorang utu memerlukan, nanti aku sudah sedia...

sarapan pagi nih aku selangkan dengan meylo... hmm... manis.. semanis dia..

ok, nak g sap kok dlu.. heheheeee... ;p

Friday, November 28, 2008

saRapAN SePErti OranG nORmaL

menu pagi nih...


-sebungkus nasik lemak

-2 gulung roti sardin

-2 bijik pow sambal

-secawan meylo~

-2batang sampoerna

puas bila dapat sarapan seperti orang normal... n sebentar lagi boleh g berasap kat luar, office baru nih cam fuckup sikit, xleh smoke.. kalau ofice kat kl dulu, xder hal...


aku dah bosan dengan

-bubur sundal

-air meylo sundal tawa

-setangki oksigen

-sepeket glukos

malam tadi aku blah, pusing² bandar, kemudia terus balik ke rumah tinggalkan ma di hospital.. lewat sikit, ma pun sampai rumah... sorry ma.. anak mu ini perlukan kehidupan seperti manusia yang waras yg bertamadun...

Thursday, November 27, 2008

Maka TerGeLak BESar LAh SYaiTAn Itu...




memang sudah janjinya memorak purandakan keadaan di bumi,
maka tergelak besarlah syaitan itu...

memang sudah janjinya memusnahkan suku² adam dan hawa,
maka tergelak besarlah syaitan itu...

memang sudah janjinya memecah belahkan manusia,
maka tergelak besarlah syaitan itu...

memang sudah janjinya membinasakan yang mencintai,
maka tergelak besarlah syaitan itu...


janji sumpah si iblis yang takpernah di lupakan..
yang lebih patuh janjinya dari manusia..

MungKin DaH PenAT



....................... i won't reply. i'll delet immediately.

mungkin sudah penat...

kadang² manusia tak nampak dengan kesalahan sendiri...

kalau nampak pn, pasti akan buat tak tahu...

ego...

barulah manusia namanya...

tak mengapa, sekurang²nya aku tahu, masih ramai lagi yang sayang disekelilingnya...

aku hannya picisan yang mengacau...

yang hannya buat dia sakit hati dengan apa yang dia lakukan sendiri...

dan sekarang tiba masa untuk aku buang diri sendiri ke dalam "sampah" semula...

FisH n NachOs



malam tadi, aku keluar berpusing², duk terperap atas katil, tu bukan cara aku, semakin aku duduk tanpa berbuat ape², semakin aku serabut, pada mulanya ingat nak berjumpa dengan seseorang lantas terus balik, macam² alasan yang aku lakukan, bukan taknak berterus terang, tapi saja nak menduga fikiran nya, tapi tak kesampaian, masih marah barangkali....

biar lah, aku faham keadaan dia yang sedang berbelah bagi... kadang² terasa seperti aku pulak yang dah jadi beban pada dia, berasak² merebut tempat dalam hatinya.. cukuplah sekadar melintas di depan rumahnya dan menjamu mata untuk menenangkan sedikit hati sendiri...

aku makan di sebuah kedai berhampiran rumahnya, agak kurang orang, kebiasaannya ramai, maklumlah, hujan, hot choc dengan fish n nachos.. sumpah tak sedap fish n nachos dier, ikan dier still hanyir, makan sepotong dua, pastu aku tinggalkan jer..

malam tadi hujan lebat, pemandangan aku ketika memandu agak terhad, memang dari dulu lagi agak sukar sikit bila memandu malam, tambahan pulak kalau hujan, n mata pulak pedih²... silau...

rindu pulak nak menjamu dengan raksaksa ketiak di amigos... hmm...

belum sapai ke rumah, ma dah call, bising² suh balik ke hosp. aku sangat malas sbenarnyer...
so, pulang lah aku, dengan kekecewaan.. huhuhu...

Wednesday, November 26, 2008

"WHy So FuckinG SerIous!!?"

tetiber terlintas soalan tu dalam kepala otak aku, hahaha, soalan yang paling bagus sekali bila dah takder jalan keluar untuk segala masaalah... hujung minggu nih gaji terakhir, ada macam² yang perlu aku beli, semuanya telah dilistkan, dan sedikit simpanan untuk bercuti bila aku dah ok nanti..


n bila aku dengar lagu bawah nih, cukup untuk buat aku senyum sekejap..



best kan? :)

SecaWan FreSH OrANGe, sEpeKEt GLukOs

sarapan yang membosankan, tekak melayu aku nih perlukan nasik lemak, dan teh tarik... paling tidak pun sekeping roti canai yang berminyak dicicah dengan kuah dhal atau pun dibanjirkan dengan kuah asam pedas...

"wei, meh la datang sini, aku ader bender nak ceriter kat kau..."

'aku ader class la'

"ala, takpenting tu smuer, aku nih lagi penting dari kelas kau... kalau kau tak g class satu hari, tak bodoh der... paling tidak pun kau kantoi paper, pastu kener ripid paper, bih kalau aku mati arinih sebap kau tak datang, boleh ripid balik kehidupan aku ker? siap kau, aku mati, aku carik n cekik² kau!!!!"

'sial la ko, jap aku mandi'


hampir stengah jam aku tunggu, baru lah si badigol soot nih datang..


'ha, per bender?'

"jom bawak aku g old town, aku nak makan nasip lemak lah, pastu aku nak on9"...

'sial kau!!'

MingGu Ke3 YanG MemEDihKan..

bila jantung berdegup bagai nak meletup, pemikiran berpusing² mencari jalan keluar diatas segala kekalutan, bila badan sudah tidak mampu untuk melawan tindakan, bila tindakan sudah tidak teragak agak untuk tidak membuat pengiraan....

semua yang ada berbelit², selirat... bersimpul... terbelit... perit hati menahan menunggu agar pemikiran dapat membuka simpulan,

tempoh hari sudah sedikit longgar, dengan segala penjelasan, dengan segala yang indah²...

tapi kemarin, dengan tiba² terasa seperti dijerut dengan kejam... dengan tiba² hati berhenti selepas menghidu setangkai ros merah yang diberi.. sedikit keluhan terdengar, diselangi dengan senyuman untuk menahan ego sendiri dihadapan orang sekeliling, disulami anak mata yang mula berkaca.. dalam hati meraung sekuat kuatnya, umpama melihat malaikat maut muncul dari dedaun pintu tanpa memberi salam sedangkan ketika itu, aku masih belum bersedia dan terbaring di atas katil putih nih..

bila bagai sudah tiada lagi jalan keluar kecuali mati,
bila bagai menunggu sipolan bin polan menarik picu senapang patah yg dihalakan tepat ke dahi,
bila bagai mendengar raungan mak ketika aku sedang sujud,
bila bagai manurunkan aruah ayah ke liang lahad,
bila bagai sedang berpaut di Siratul Mustaqim dengan jari kelingking...

aku cuba tenangkan diri, memikirkan sesuatu yang indah, capai sebatang rokok, entah kenapa, menggigil tangan nih untuk membakar rokok yang sudah hampir 7 tahun menjadi teman setia bibir... asapnya aku sedut dalam², agar masuk sekata kedalam setiap ceruk paru² yg dah memang hitam..

semua msg mula berasak² keluar dari ceruk² otak sempit nih,baru ingat ingin tenang sebentar, tiba² soalan berasak² menerjah dan melaga² kan dengan semua msg² tadi...

kembali celaru....

senja itu patutnnya aku menunaikan janji, tapi aku hannya singgah sebentar, turunkan tingkap kreta, dah sekali lagi janji aku lemparkan ke dalam sungai...

"janji 5 waktu pada tuhan pun aku sering abaikan, inikan pula janji pada kau...."

malam tu semua serba tak kena, mak sibuk mengetuk² pintu dari luar, aku hannya membalas dengan kasar dan teresak² seperti budak 5tahun kehilangan gula²...

"AKU OK LAH!!".....

hati berdegup sangat² laju, kepala mula berdenyut seperti digenggam dan diramas oleh tangan yang besar.. anak mata bagai nak tersembul keluar,hidung bagai disumbat kapur barus seketat ketatnya, terasa seperti aku disedut oleh katil, semakin lama semakin tenggelam, aku cuba genggam kain cadar dengan kuat, tak mampu melawa, aku jerit dengan kuat..

sekuat² hati......


dengan sepantas kilat, keadaan kembali normal, hannya kedengaran bunyi nafasku dari mulut, berserta ketukan dan jerit tangis seorang ibu yang risaukan anaknya....

aku bangun dari katil, bukak pintu, mak terduduk di muka pintu sambil menangis...

"sorry ma..."

macam² soalan yang dijeritkan ke telinga ku, tapi aku hannya berdiam diri, kebelakangan nih, aku selalu buat mak menangis.. walaupun dia faham kenapa, tapi soalan² bodoh tu tetap diajukan kepada aku...

aku duduk tersandar di atas sofa depan tv, ma masih memekikkan suaranya dari dalam bilik air... aku cuba tenangkan diri sendiri, melangkah keluar rumah, dan aku nyalakan sebatang rokok, jantung masih lagi berlumba², dan kepala masih lagi menekan²... terasa sakit yang amat² sangat, aku cuba menarik² rambut ku sendiri untuk melegakan tekanan, kebiasaannya akan sedikit kurang, memang begitu, tapi kalini, tiada kesan langsung, aku termenung sebentar, menahan denyut... aku baring di kerusi luar, memandang tepat kelangit, sambil menyedut asap rokok.. semakin lama semakin sakit, semakin sempit, semakin menekan², semakin kuat...

tiba² kedengaran bunyi sms masuk...


"Harap kau ok."
from: si bidadari syurga
11:06pm 23/11/08


aku hannya tersenyum sinis, dan semua jadi gelap.......


10:30am 24/11/08

aku terjaga, tapi masih blom bukak mata, aku terhidu sesuatu yang aku suka... bau antibiotik... perlahan² aku bukak mata yg berselaput....... dan aku tersenyum sekali lagi....

"sial betul, mesti ader nurse yang dah nengok kemaluan aku... dem!!!"

:)

Friday, November 21, 2008

jauh, tapi segar..

tibe² aku rasa aku nak tulis bender nih, mungkin tak sesuai dengan keadaan sekarang, tapi.. tah la, mungkin aku dah mula rindu dengan yang indah²...


enot-
** dari myspace, sedara bedebah..
"jangan ngader², ambik aku gak kat damai nih!!!!"
"yer lah, nanti aku tuang minyak n blanjer ko makan"

paes-
**knal dari jojo, jumper kat mapley cm..
"1st time dating dengan ko g balai seni lukis negara, tayar meletop, hahahahahahhahah!!!!!"
"rindu lagu dewa dan m.nasir, tak lupa bau hapak dalam kreta kau, aku bukan tak nak tegur dulu, tapi nak jaga hati kau.. hahahaha!!!"
"foto shoot awek? emmmmmmm~"
"nasik lemak blakang pasar ttdi dah tak rare"

kerbo-
**knal dari paes, jumper time jamming
"hmmm~ hmmm~ hmmm~ hm~ hm~ hmmmmmm~ akakakakkakkakakakaka, macam sial!!"
"ABANG!!! ABANG NIH BETMEN EYHHH~!!?"

jojo-
**from myspace, si brahim BBC yg cakap dengan aku kau jojo
"tangan kasi betul~"
"sorry dude, aku dah potong dah ekor belakang aku.."

ely-
**from myspace, konsikuensi?
"1st time dating, g jumper awek kat sunway"
"go raza~ go raza~ go go raza~ go go raza~ HAHAHAHAHAHAH!!!!"
"i falling in love with indie filem director? nih salah nih.. hahahahhahaha!!!"

snooze-
**from myspace
"bomb bomb bomb bomb!!!! penuh namer kau jer lah kat gombak tu, hahahahah!!!!"
"nasik lemak syarezmaz dulu terbaekkk~ tapi skrang, dah terbalekkk~"

80's-
**graff comp skudai
"bah kasi penuh la tatu di tangan kau tu, biar nanti mimpi lagi sekali.. hahahahha!!!!!"

donal-
**from 80's
"bolakang pintooo!!!!!"
"bh kau memang tak boleh bomb billboard.. hahahahah!!!!"

tyna-
**from donal
"kau pun sama bh, bolakang phintoooo!!!"
"mabuk wei mabukk!!!!!! kerja suda, bila jak mau blanja aku? hahahahhaha!!!"

the super geng-
**myspace
"aku rindu dengan perangai tak betul kau orang, bomb bomb bomb!!!!!"

kirin pepek-
**from enot
"rambut mangkuk ko rare.. hahahahah"
"ko nih kotey betul la, aku khursus kambing pun boleh jumper kau"
"rindu nak nengok ko joget cam budak terencat kat loft, hahahahahhahahah!!!!"
"ader ke shuffel kat loft? hahahahhahahha!!!!!"

fad-
**from enot
"jambul beb, jambul~"
"siti sara pegang payung kau ader lagi? hahahhahahaha!!!!"

dier orang nih antara beratus kawan yang aku kenal kat kl,
n ramai lagi yang tak sempat nak aku sebut, kau tahu siapa diri kamu, aku rindu kamu semua..
(macam pepek)
hahahahahahhahah!!!!

sekurang²nya aku gembira kejap bila teringatkan perangai ko orang... :)

JumaAt...

baru jer pulang ke office, giler panas kat luar sana, nak hujan mungkin....

terjumpa satu spot best, hati terdetik untuk menyundal, tapi... hmm... malam nanti mungkin..

Monday, November 17, 2008

MediTasI SebeNTar

ketika enak tidur malam tadi...


2 am
dijagakan oleh mimpi indah...
Ahhhhhhhhhhhhhhhhh................................................


3.40 am
dijagakan untuk bermeditasi...
hmmmmmmmmmmmmmmmmm....................................................


4.50 am
dijagakan sekali lagi untuk bermeditasi....
Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm........................................................


5.15 am
sekali lagi bermeditasi...
hmmmMMmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.....................................................


6 am
sekali lagi....
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm................................................



(sial!! mlm tadi sakit perut, cirit birit... birat....)

KehidUpaN SePAra SedaR

menjalani kehidupan separa sedar, tidak lah semudah yang disangka, kadang² perlu bertarung dengan mimpi, kadang kala perlu bertarung dengan kenyataan, selebihnya, dihabiskan dengan kekosongan yang disertakan sekali dengan pedih² anak mata...

malam tadi, agak indah, bila ada yang memerlukan... aku tersenyum sendiri, dan menghabiskan kata² indah bila yang mendengar dalam keadaan separa sedar.. memang selalu begitu... indahkan?
dua perwatakan yang berbeza pada seseorang yang aku mimpikan, yang sangat degil berserta dengan sedikit ego, dan kelemahan si hawa ketika tidak berkemampuan dan memerlukan...

Wednesday, November 5, 2008

LoSt...

-3 nov 2008-

no need to describe how i feel..

"Her someone is out there just waiting for her. She'S waiting for his someone to come to her. she and his someone. His someone and her. "

feel like wanna cut myself..

Tuesday, October 14, 2008

bercakap dengan hati.

aku lahir di melaka, dibesar, disusu, dimaki, dihina segala. segala pahit manis segala aku lalui dengan penuh kegagalan, dibuang sekolah kerana kenakalan, diberhentikan kolej kerana kencing si setan, dicaci kerana sial. sundal!!! sundal jalan!!

dikolej, aku menjaja musuh negara, untung... satu² nya anak melayu yg berwawasan, idea melawan dan merusuh aku dagangkan... bersorak bertempik ketawa kepuasan orang² itu bila dapat asalan untuk aku diberhentikan.

selesai kolej, aku berkerja merata, belajar jatuh bangun dengan kadar yg minima, belajar bersuka ria dengan tahap maxima, tapi jiwa kata, "kau blom dewasa, pergi!!! matangkan jiwa dengan segala noda"..

aku berkejar ke kl, anak kampung masuk bandar..... bandar sundal riang untuk anak remaja pra matang macam aku, mematangkan, mendewasakan, indah, lampu kelap kelip menyakitkan mata, tapi mendatangkan kepuasan, dinding² sundal bercakar warna warni kehidupan.. kehidupan!!! kehidupan!!! kehidupan!! membinatangkan, menghancurkan, busuk, jijik, arak!! bagi lagi arak!!, kareoke?, after party? hotel lobby?, prempuan, kereta, minyak, tol, piket, demo, rusuhan, lawan!! lawan!!, pukul, tahan, lokap, i.s.a?, bangsat!!!uhdasndjas xoiahsni8hdxasdxiiiiiiiiasdo;isnnnnnnnnnnnnnnnnnn



hilang mood nak menulis.
(aku terhidu bau vanilla).. ok, itu ilusi, aku sendiri..

Wednesday, September 24, 2008

Sumpah Lawa!!


KRIS VAN ASSCHE

ader sesiapa yg nak belikan? sila private msg aku.. heheee...

Dinding Kosong Dinding Sundal

dah lamer tak mencakar.. semenjak aku pindah, nih la kali pertama aku menyundal dengan dinding lagi... tapi kalini aku berpuas hati dengan hasilnya, rakan² pun memberi semangat, mengatakan aku dah semakin maju.. uyeh~ majulah sukan untuk negara,

CroWs ZerO

aku bukan lah sorang yg minat sangat dengan crite jepang jepang ney, tapi ader la sesetengah cerita yg aku minat.. kebanyakannyer mesti pasal gangster, yakuza, dan laen² yg melibatkan kongsi gelap, gaduh², dan lawak... pernah nengok CROWS ZERO? cuber try test...

SecAWan KapoCinO KaPoKasUt, LangSiR JePun, RaksAksA Rakus..




malam tadi mengayau lagi, berpusing² dengan alasan mencari secawan kopi, ok, walau pun aku minum jus eppal mlm tadi..

padamulanya ke gian, membeli sedikit keperluan.. sudah agak lewat, tapi hentam jer, sip baik masih buka.. dicapai 3 kotak santan dengan gurau senda.. masih aku tak faham, kenapa ramai sangat si dungu yg membawa ber troli² barang beratur di kaunter ekspres untuk membuat pembayaran...

kemudian ke sebuah restoran cina, jap, teringat.. pernah sorang rakan ku bertanya

"boleh makan ker kat sini?..."

"boleh la, kenaper?"

"nih kan kedai cina, ko tak takut ker kalo dier ader taruk..."

"........"

(ala, tetiber hilang mood nak menulis... mari menonton)

walau aper pun, terima kasih k raksaksa ketiak..

Tuesday, September 23, 2008

BudAk SakiT

kerana sebap sakit, aku akan lebih dikasihi..

kerana sebap sakit, aku akan lebih diberi perhatian..

kerana sebap sakit, aku dapat apa yg aku mahukan..

kerana sebap sakit, aku masih mampu berdiri hingga kini...



"tapi tu kan meminta belas kasihan namanya".... pernah disebut oleh seseorang yg aku pun dah lupa tah mana datangnya..


sebap tu "BudaK Sakit"...


urghh.. per aku ngarut nih.. ok, mari sambung berjalan mengharung malam kelam sundal sejuk sepi kelam...

SunDaL MalaM sEpi

12.03Am...

sejuk, bosan, takut, risau, smuer bercampur gaul......

"takder aper yg nak ditakutkan"... kata mulut

"tapi kau sendiri tau kan aper keputusannyer"... kata hati

"takder lah, biar esok yg tentukan"... kata mulut

"hmm... kita cuba"... kata hati


ok, aku takut.....

Monday, September 22, 2008

Buah Hati Batu..

MaLam² Yg MembOsaNkaN


takder aper yg dapat menenangkan aku melainkan berjalan berpusing² sambil berkhayal hanyut dalam kelip² cahaya malam yang membosankan..

menghabiskan minyak berpusing² di bandaraya, tapi selalunya bandar jahanam otak tepu aku nih lebih berbusing² mencari jalan penyelesaian.. jika tiada jalan penyelesaian pun, cukup lah sekadar jalan² kabur untuk membohong perasaan sendiri...

sungguh loser bunyinyer kan? hmm.. ok la, aku akur..

serabut...


yup, membosankan, tapi itu lebih bagus dari duduk di rumah melayan perasaan yang tak keruan.. yang hannya menyebapkan kau membuat sesuatu yg bodoh.. bunyinya agak emosi...?

"PEGI MAMPOS, NIH BLOG AKU, KALAU INGINKAN TULISAN² YG LEBIH BERMOTIVASI, SILA KE BLOG LAIN, ATAUPUN, BUAT BLOG SENDIRI"...

hahahahaha!

sekian.

Siakap Tiga Rasa, KerAbu MangGA, ChaP Chai TauFoO...


RakSakSa KetiAk YG PeLaPar




kadang², diri jadi risau...

kerana kadang kala, panas tak dijamin sampai ke petang..

kerabu mangga tak semestinya masam..

siakap 3 rasa tak semestinya 3 rasa..

entahlah.. berusha, dan berserah...

Friday, September 5, 2008

bosan!

lamernyer tak menulis.. tak kesah, sebap aku tahu tak ramai yg membaca, dan kau yg membaca pun, aku kenal siapa.. takperlu pandang ke belakang.


(jap, nak potong kuku)

tiba tika

tiba² hari nih aku rasa seperti aku sudah mula tidak diperlukan lagi... tidak seperti dulu, dimana dia sentiasa mahu aku ada di sisinya... ingin ku berjanji agar ada di sisinya walau apa pun terjadi...

rindu nya dengan satu masa dulu, masa yang penuh dengan kata² sayang.. masa yang dahaga dengan kerinduan..

kini pun sudah jarang mengutarakan hal hal kesihatan..

terasa seperti sudah tidak diperlukan lagi..

tapi aku takpernah menyesal atas semua yang dah terjadi, ia menjadikan aku lebih sempurna, berlawan dengan kecacatan.

Wednesday, June 18, 2008

SundaL MasA SendaT

puki betol, biler nak potong nih?

"JANGAN PENGARUH AKU LAGI SETIAP MALAM!!! AKU ADA KERJER PERLU DISELESAIKAN"

Tuesday, June 17, 2008

RiaNG Ria RemAJa





satu masa dulu, dan masa akan datang...

Monday, June 16, 2008

"aku lerrrr~"

waktu di bandar, kebetulan aku bertemu dengan rakan sewaktu aku di kolej dulu,

dia masih lagi seperti dulu, tidak banyak perubahan.. giginya masih berkarat, cara pemakaian nya tetap sama, tidak berkerja, percakapan masih laju, masih berpendapatan tetap pemberian ibu bapanya, cuma rambutnya sudah sedikit panjang, dan memiliki toyota vios sendiri hasil titik peluh keluarga yg agak kaya..

teringat zaman dulu, di kolej, semesta 1, kami sebilik bersama 2 lagi syaiton yg direjam.. setiap orang di dalam bilik ku mempunyai kelebihan masing²... sorang kaki ice, sorang kaki dam, sorang kaki minum dan dia kaki "K"... tidak cukup dengan itu, kami juga adalah pengedar yg paling besar dan paling berpengaruh di kolej..

tak hairan lah juga kehidupan kami agak selesa di kolej dengan hasil jualan dan juga stock yg tidak pernah putus.. tetapi, akibat dari keselesaan itu jugalah, setiap sem, pasti ada yg GB yg diklasifikasikan sebagai Gagal Bertindak, Gagal Bangun (untuk ke kelas), Gagal Berjaya, dan nama sebenar untuk GB ialah, "Gagal Berhenti".. mean gagal dan diberhentikan.. hahahaha...

aku juga begitu, aku diberhentikan ketika semesta 4 atas sebap² tertentu.. lagi pun aku memang sudah diperhatikan oleh orang² pejabat, mereka cuma carik point jer untuk buang aku dari kolej yg kejam durjana tu.. kerana aku dapat rasakan betapa terancamnya kedudukan dan keselesaan mereka selagi aku berada di kolej, ada jer yg tak kena, ada jer yg tak setuju, ada jer yg nak di proteskan.. :)

tapi sebenarnya aku amatlah bersyukur kerana diberhentikan, jika tidak, pasti sampai sekarang aku masih lagi menjadi penagih brang² terlarang tu...

bagi aku tak salah sekiranya kau mengambil dadah, tak salah untuk mencuba, as long as kau tidak bercinta dengannya.. seingat aku, aku dah cuba bermacam² jenis dadah.. (kecuali mofin)
tapi aku berjaya mengatasi rasa ketagihan tu.. kira aku adalah seorang yg berjaya..... aku lebih bermakna dari orang² yg melaungkan selogan "ANTI DADAH" "DADAH MUSUH NEGARA" "JAUHI NAJIS DADAH" dll.. kerana aku pernah mencubanya, aku tau kesan² nya, dan aku tidak pernah ketagih dengan bender² tu...

ganja-

ianya adalah sejenis herba/tumbuh tumbuhan, cara untuk mendapat kan high dengan dadah ini adalah dengan menyedut asapnya.. banyak cara.. boleh dibalut dengan rokok, dibakar didalam bong, terdapat bermacam² jenis bong, dari lah yg menggunakan batang betik (yg menyakitkan tekak) hinggalah yg menggunakan kuasa graviti air.. :), oleh kerana ianya adalah sejenis tumbuh tumbuhan, ganja juga boleh dijadikan sebagai teh, dan juga dimasak.. sila cuba ganja masak kari..
mudah sahaja, pernah makan cendawan masak kari? gantikan ecndawan itu dengan daun ganja... sumpah sedap...

tahap khayalnya bergantung pada seseorang, si pengambil dadah ini akan rasa seperti menyusuri masa.. hahha..


ice-

ianya adalah nama laen untuk metafetamin.. asalnya digunakan oleh askar negara mana tah (aku dah luper) pada perang dunia kedua untuk memastikan mereka sentiasa berjaga dan agresif..

kesannyer, agak berbeza dari dadah² yg menghayalkan nih, ia akan membuatkan otak kau sentiasa ingin berfikir, kurang selera makan, sekiranya mengambil secare berterusan, akan membuatkan otak terus ingin memikir dan berkerja walaupun badan sudah agak penat.. tu yg sampai berhalusinasi tu.. ini adalah dadah yg paling best sekali bagi aku.. dan kerana dadah ini jugalah aku berjaya menghasilkan beberapa short flim waktu di kolej dulu.. uyeh~


k-

bende alah nih plak adalah satu bahan yg sangat mudah diambil, takyah heboh² nak bakar ker haper ker, sedut jer masuk idung, less than 1minit, ko akan terbang.. n bergantung jugak pada kuantiti yg kau ambil... nih jenis "cepat naek, cepat turun".. rare nih dude..


dan banyak lagi yg laen² seberti pil tah haper² smuer.. dah, jauh melalut dah nih.. ok aku, seketeri aku dah masuk, nak suh sain macam².. bye...

cencorot owh cencorot...

aku baru sampai dari kg, keadaan cuaca yg amatlah panas, membuatkan kesehatan ku sedikit terganggu, yer lah, kerjer sebagai pengurus syarikat macam aku nih dah biaser sangat duduk dalam ekon, badan pun jadi manja lah.. hmm...

balik dari kg, seperti biasa, aku akan pergi berjumpa dengan cencorot buncet (bukan nama sebenar) kesayangan ku nih... pada jumaat malam aku sampai di kampung, dia pula still otw dari kl bersama makcik nya yg bodoh dan degil kerana menahannya dari balik awal, akibatnya, hidung cencorot ku itu berdarah lagi.. sampai jer, dia terus dibawa ke hospital putra, pada masa tu, aku dah siap sedia menunggu di bandar.. incase kalau dia ditahan di hospital, boleh aku terus menemaninya di situ...

waktu di bandar, kebetulan aku bertemu dengan rakan sewaktu aku di kolej dulu, (baca entry seterusnya)

aku tak terus pergi ke hospital kerana agak segan dengan keluarganya.. aku takpernah kenal pun dengan keluarga nya kecuali adiknya yg aku panggil buncet (bukan nama sebenar jugak)
agak bosan menunggu keputusan dan sms darinya, aku pun pusing² lah satu bandar..

jam hampir menunjukkan ke jarum 12.. aku terima sms..

"aku baru tanya doc, n dia bagi aku pulang"


sejuk hati aku membaca sms tu..

Friday, June 13, 2008

Got OiL?

malam tadi, kluar minum..

"dude, lu singgah pam minyak kejap boleh tak?"

"lu nak buat per?"..

"aku nak tengok wayang kat situ.... ko tuang minyak la, ader bender nak buat nih"

"ko nak buat aper?"..

"alah tuang jer lah ko banyak bunyik lah"


rm 2.70 seliter, cam memaen jer kan? kalau dulu, aku selalu tuang minyak motor sehengget jer... then bila minyak naek taun lepas, aku kena tuang 2ringgit, takkan nak tuang seringgit.. membazir jer.. then skrang... kalau aku tuang dua ringgit sekali pun, still tak dapat 1 liter... adeh... kenaper lah harga minyak kat negara pengeluar minyak 1st class dalam dunia nih mahal sangat.....

cuba kau tuang minyak 15hengget, kau akan dapat angka 5.55 liter..
kalau tuang 30hengget, kau akan dapat angka 11.11 liter..
menarik kan? huhu.. hutak ko!!

Wednesday, April 30, 2008

Jem

tiap pagi,
aku bangun dengan nafas yg berbau akibat dari hembusan sampoerna n bau neskafe malam tadi.. dengan mengharapkan kehidupan akan jadi lebih sempurna.

contohnya, bangun dalam keadaan separuh bogel sambil diapit oleh 3 orang gadis tinggi lampai berbuah dada gebu putih wajah persis model yg sedang melambak tidur di atas katil ku dengan wajah senyum kepuasan akibat pertarungan yg memberangsangkan malam tadi,

mungkin juga bangun pagi dan mendapat berita bahawa harga minyak telah turun dengan mendadak...

tapi tu smuer hannyer angan² nakal orang muda spt aku nih.. :)

mlm tadi,
waktu pulang dari wangsa maju, aku menempuh saat² yg menyundalkan di jalan raya.. jem.. kenderaan bergelak puki sundal punyer slow, aku tersangkut dalam kesesakan tu diantara 1 hingga 1 stengah jam.. mata plak hyper mengantuk akibat tidur yg tak menentu kebelakangan nih... kire sempat gak la aku terlelap 2-3 kali dalam kreta dan kener hon dengan kreta blakang.. huh!, bodoh punyer kreta belakang... taknampak ker tengah jem teruk...

untuk mengurangkan kadar kemengantukkan, aku capai hf, check² no talipon.. maner yg terlintas, aku dail...

"hallu~"...

"hye u, naper lamer tak call? luper kat i eyhh?"

"lerrr, tak lah, cumer sibuk sket jer skrang nih dengan projek jual beli senjata"...

"banyak la u punyer senjata, u kat maner tu?

"huh betul la,i kat dalam kreta nih, tengah stuck dalam je, adalah sangat mengantuk, then tetiber tringat kat u"...

"huh u nih, time² mengantuk, time² boring, time² horny baru nak ingat i, menci lah i camnih"

"ler, bih tu.. nak buat camner, just time² camnih jer yg boleh menyebabkan i ingat kat u"...

"hehe.. takper la, as long as u masih ingat kat i, i ok jer, biler la ek dapat jumper u, nanti i masuk blajar kat kl, kiter jumper k, u dah janji ngan i kan..? kan..? hehehe.. cayang u"

"janji? hmm jap i ingat.. hmmm (**PINN PINN!!!!) eh u, ok lah, krang i call balik k, daa"... tuttt tuttt tuttt tuttt.....

aku nyalakan sebatang rokok... huh.. perempuan..

slow² trafik bergerak.. dalam hati aku macam² andaian aku buat..

**"nih mesti polis bodo buat sekatan nih, mesti nak halang orang masuk kl untuk demo besok nih, sajer jer, nak takut² kan rakyat, kunun dengan ada nya anggota membuat kawalan, maka rakyat akan terselamat dari kacau bilau lah, haper lah, huh!! hutak dier.. setau aku, time demo, yg mula buat kacau dulu pun, polis.. baling batu lah haper lah, bangang!! siap baek lah, satu hari nanti, tunggu sampai smua anak muda bangkit jadi barisan hadapan, TEMPURRRR!!!! huh tapi bebudak muda kat malaysia nih heboh kan dengan kehidupoan sendiri jer.. eh, jauh dah melalut nih.."


**"nih mesti ader lori terbalik kat simpang depan tu, huh, mintak² yg terbalik tu lori arak, so boleh la brenti lepak minum jap kat depan tu nanti.."

**"nih mesti ader mat rempit eksiden kat depan tu, mesti kepala otak dier terburai kat atas jalan, jem nih pun mesti sebap smuer kreta tengah selit² untuk mengelak dari terlanggar isi otak matrempit tu.."

**"dan laen²"..

aku tengok meter temp. kreta aku makin meningkat, tengok level air pla, aduh 2 drpd 3.. huh, kerisauan melanda aku sekejap, **nih kalau brehenti kreta aku tengah flyover nih, memang tak cukup bakul nak tadah maki nih..

mujur lah sempat, rupanya, depan tu ader satu trela sundal sedang menundal sambil pemandunya duduk menyundal akibat kenderaan sundal tu mengalami kerosakan yg agak sundal.. lepas jer dari trela sundal tu, terus aku memecut untuk menyejukan semua air di dalam radiator.. fuh, terasa bahang enjin menyelinap masuk ke dalam kereta...

Friday, April 18, 2008

Mati...

aper kau akan buat bila kau tahu bila kau akan mati.. aku tak tau.. tapi aku kenal seorang yg tau.. tapi aku tak percaya... doc kata pd die,

"tinggal 6 bulan"...

aku kate pada dier,

"doc tu saper? tuhan? nak tentukan biler orang mati!!!!"...


aku cukup terkejut bila dia criterkan smuernyer kat aku, aku baru kenal dia.. 1st time niat untuk jumper, aku tunggu dia dari balik kerjer, dari tengah hari, sampai ke mlm... last² dier balik ngan member dier, macam sial... thats ok...

selang beberaper hari, dier eksiden, kaki retak... kener simen...

seminggu lepas tu, aku ajak dier kluar lagi, tak sabar sangat nak tengok muker dier depan², rambut dier sangat cantek...



1st time jumpa -"tak kesah kalau kau berkrusi roda skalipn.. nanti aku tolakkan.."



dia degil keras kepala.. belum sampai seminggu pn, dier dah bukak simen kaki tu... akibatnya... masuk hospital balik....

buat medical checkup.. kener tahan...

aku dah janji dengan dier untuk temankan dier di hospital nanti.. but sabtu tu, tak sempat aku nak temankan dier, dier sms aku..

"aku dah blah dari hospital yg membosankan tu.."

dier lari...

ahad, aku jumper dier... samer gak, aku tunggu dari petang sampai ke mlm...



2nd time jumper -
"kau nih degil la, naper kau lari?"...
"aku bosan giler duk kat situ kau tau tak?"...
"tak"...
"aku merajuk dengan mak aku, dier tak bagi tau sesuatu yg aku perlu tau"...
"aper dier?"...
"aku ader sakit"...


aku hantar dier balik, dalam pertemuan ke 2 tu, macam² aku borak dengan dier.. ternyate dier sangat² keras kepala..


sms
16/4/2008 3:27pm
"doc cakap aku boleh hidup 6 bulan lagi, kau nak aku cakap aper lagi?"



aku terdiam, air mata aku meleleh, dem shit motherfucker!!!!


pertemuan ke dua tu dah cukup untuk buat aku jatuh hati dengan keras kepala dia.. degil... dia ader kanser hati...

Wednesday, April 16, 2008

Dan Selangkah Lagi Mendekati Kematian

ok, dah dekat 20 minit aku biarkan cursor nih terkelip² kat dalam kotak compose yg kosong nih tadi.. sekarang dah ader ayat...

aku tak tau nak tulis aper untuk memulakan... patutkah aku mulakan dengan ayat "hye", atau aku hannya perlu kluarkan smuer kata caci maki yg tengah belonggok² dalam otak benak nih...

aku takpernah menulis sebelum nih, perlu ker nak kenalkan diri? ala, takyah kowt.. aku manusia biasa, sama jer cam sesetengah dari ko org smuer.. membosankan, menjengkelkan, hati keras, hati lembut, otak benak, poyo, dan laen²..

tujuan utama aku buat blog nih, boleh dikatakan hannyer untuk melayan perasaan n nafsu sendiri, layan nafsu serakah yg takpernah puas dengan aper yg aku ader, aper yg aku buat, dan aper yg aku dapat...

aku agak suka memaki hamun tak bertempat, kenapa? tah, aku pn tak tau, dan harap jangan lah ader yg tersinggung, kerana tersinggung hannyalah perkara yg merugikan...

tah tak tau nak tulis aper lagi... hope ko orang cepat bosan dengan blog bosan yg banyak menceritakan kebosanan hidup aku nih..