Wednesday, December 31, 2008

TerIMa KasiH 2008




















terima kasih 2008 untuk semua yang indah²,

tiada yang terindah pernah aku lalui melainkan kau,

kewarasan,

kematangan,

selamat datang 2009,

kau buat aku menjadi tua,

tiada apa yang besar² aku harapkan,

cukuplah sekadar memiliki sesuatu yang indah,

yg aku sedang rangkul sekarang...

Monday, December 22, 2008

escape...


bangun pagi tadi, terjaga dari mimpi ngeri, yang dahulunya sesuatu yang indah pernah dan selalu aku lalui.. tapi yang indah tidak pernah kekal, smua telah ditukar dengan jeritan pedih dari dalam hati yang diramas².. nyaring, tapi tak didengar...

aku genggam sedikit rambut di belakang kepala.. dan sedikit cengkaman dengan jari dikenakan...

melangkah ke bilik air seperti biasa, sedikit kebencian timbul bila terpandang cermin.. aku cuci darah keras di tangan, berus gigi dengan anak mata tepat memandang ke cermin, kemudian terus mandi.. seperti biasa...

terus termenung, terus mengelamun, terus berdenyut, aku bersiap, dan panaskan enjen kereta.....


tapi harinih aku tidak ke tempat kerja, aku hannya memandu mengikut arah rasa, melintasi masa² lampau, berhenti di sebatang sungai yang selalu menjadi bualan dan senda gurau, aku lemparkan beg duit, hf, dan smua yang ada.... lantas teruskan perjalanan...

buat masa ini, fikiran sangat² kosong.. yang tinggal hannya lah sekotak rokok... menari² minta dinyalakan... asapnya yg memberahikan... bau cengkih menusuk² masuk ke hidung...

lantas berhenti di tepi sebuah air terjun yang sangat cantik, ku sorong kereta ke dalam sungai, dan biarkan dihanyutkan air... asap rokok ku sedut dalam², indahnya...

sambil memandang ke langit, aku berpusing² dan menghembuskan asap rokok sendirian, tanpa rasa pening, tanpa rasa mual... semua yang indah², kepala terasa sangat ringan, angin sepoi² bahasa, mata tidak pedih lagi, badan tak sakit, kesan luka di tangan tertutup dengan sendiri...

nyaman... aku menanggalkan pakaian, dan berdiri di hujung cerun air terjun yang sangat tinggi... sangat nyaman, rembisan² air terjun yang sejuk, menyelimuti badan.. aku pejam mata dengan erat, dan merebahkan diri terus ke bawah dengan kelajuan......

"BOLEH TAK JANGAN TANYER AKU? AKU MALAS NAK CAKAP, LAGIPUN INI BUKAN URUSAN KAU!"

"TAK, AKU SENTIASA DENGAN KAU"

"HATI TAK BRUBAH, TAPI AKN TERUS DIPAKSA"

"TRY LELAP PUN XLEH.. KAN BGOS KO AD KAT NGAN AKU"

"XLA... DUN WORY BEBEH... AKU XKAN TGGLKN KO OK.. MELAENKAN KO.."

"XSMUA BENDA KAU PERLU TAHU"

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tak sempat jatuh, aku bangun...... lihat jam... 10.05am

padam enjen kereta...

"lagi bagus kalau aku bawak motor hari nih..."

Thursday, December 18, 2008

KuraNGkAn LajU


aku rindu kau..aku rindu nak tarik rambut kau. aku rindu nak cakap yg kau sangat boncet. aku rindu nak kua deting dgn kau. aku rindu sms kau pada setiap pagi walaupun seawal subuh!!. aku rindu dgn perangai kau yg mcm setan!!
aku rindu masa mula hubugan kita rapat. aku rindu masa kau di rumah sakit kerana kau teman aku chating walaupun kau kene pakai topeng bantuan pernafasan. aku rindu masa 1st date kita kat nasik ayam nadia. aku rindu..rindu..rindu...


aku nak refresh balik memori masa aku kenal kau.

1. mespes
2.komen & reply
3.komen & reply..komen & reply..komen & reply..komen & reply
4.cencorot tersepit yg masam!!
5.pulis pencen!!
6.komen & reply..komen & reply..komen & reply..komen & reply
7.pertukaran nombor henpon
8.sms..sms..sms..sms..
9.perjumpaan pertama --------> nasi ayam nadia!...eh silap banyak kali nak jumpe tapi kau mengelak..hihhiii
10.s.a.k.i.t (walaupun aku tau kau sakit dah lama)
11.pindah balik kg
12.genting.. :)
13.jauh
14.jauh
15.jauh

aku raser cam masa tu berlalu laju sangat.. sangat² laju... sangat² laju.. bencinya aku dengan kalajuan nih.. datang dengan pantas, merangkul aku selangkah dua, dan meninggalkan aku haruman hasil pelukan yg kau lepaskan... dan semakin jauh.. jauh.. n jauh...

tetiba mata aku sakit.

Wednesday, December 17, 2008

ObseSi DiRi


aku tak tau kenaper aku sangat² obses dengan band nih.. dari dlm i-pod, PSP, handfone, komputer pejabat, sehinggalah kedalam kereta, pasti akan ada track² darinya..

aku akui, dari dulu lagi, semua lagu² nya membawa makna kepada diri aku.. ada saja bender yang akan berpusing didalam kepala bila dengar lagu dari band nih...

dari singel pertamanya "yellow" ketika aku sekolah menengah dulu, sehingga lah album terbaru "viva la vida"... smua lagunya mengimbau banyak kenangan kepada aku.. dari manis, sehinggalah ke masam... dan bila aku menyanyi, ianya seperti menyanyikan untuk diri sendiri.... meronta² hati dan menyepak² batang hidung sendiri..

kadang kala aku rasakan ianya seperti satu perjalanan hidup aku sendiri.... baris² lirik lagu yang sempurna... dengan bunyi musik yang.. hmm.. susah nak cakap...

malam tadi, sedikit payah untuk tidur, tambahan pula dengan tangan kanan aku yang bengkak akibat digigit haiwan terbang liar.. aku capai psp di tepi katil, dan mainkan lagu yang dapat membuatkan aku teringatkan yang indah².. walaupun liriknya tidak sesuai dengan keadaan, tapi cukup untuk membohong perasaan sendiri... dan tertidur lena dibuai mimpi² "tipu"..

terasa seperti perlukan sedikit semangat untuk terus berjuang? walaupun dah tahu kau tetap akan kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup.. layan lagu nih...

Thursday, December 11, 2008

"WHy So FuckinG SerIous!!?"

tak perlu semangat untuk menakutkan lawan... hannya perlukan gunakan "kepala"...



HAHAHAHAHAHAH!!!!!!!

Wednesday, December 10, 2008

"A PacKeT Of StuPid CiGareT, n A boTTle Of BoRIng BeEr"

aku terbangun tidur, dikejutkan oleh mimpi yang tak best..
aku pandang jam di atas meja sebelah katilku.... 3.50am...
aku mengesat air mata yang kluar, dan cuba pejamkan smula
mata nih...terasa agak pedih, bermacam² persoalan yang
bermain dalam minda... dengan mata yang tertutup, aku cuba
capai hf yang aku lemparkan kebawah sebelum aku tidur tadi..

"hmm.. dah jadi kepada beberapa bahagian.."

dengan malas, aku menyalakan lampu aquarium di sebelah katil
ku,angkat badan yang berat dengan dosa nih dan bersandar di
kepala katil sambil melihat ke arah aquarium.. cik rose hair
sedang menjalankan misinya untuk melepaskan diri.. aku
tersenyum sendiri sambil berkata di dalam hati..

"nanti dah gaji, aku berikan kau tempat yg lebih besar ok?
buat masa nih, kau kongsi lah dulu ruang sempit tu dengan
cik red knee"..

aku membongkok ke bawah, mengutip semula cebisan² hf...
pasang... kemudian kembali bersandar di kepala katil dan
menghidupkan nya... sedikit genggaman erat aku kenakan ke
hf dengan harapan, ianya akan berbunyi..

hampa... yang berbunyi hannyalah cengkerik di dalam bilikku
yang menunggu masa untuk dijadikan makanan kepada cik² yg
berkongsi bilik dengan ku..

aku capai kotak rokok sampoerna di atas meja, seluk kan jari
ke dalam.. kekiri.... kekanan.... hmm...

"habis"

bunyi cengkerik menerjah² telinga ku seperti cuba untuk
menyatakan sesuatu,mungkin menggelakkan aku, sial betul,
lantas aku lemparkan kotak rokok kosong itu kedalam bekas
cengkerik..

"baru kau nak senyap?... hmm..."

aku cuba untuk lelapkan mata semula, tapi sangat² susah
untuk terlena.. yang senang hannya bayangan mimpi berulang²
kali menerjah...

aku bangun semula melafaskan beberapa cerca sula dan maki²
hamun kepada diri sendiri, capai kunci kereta dan keluar
menuju ke 7sebelas di pekan...

di pekan, semuanya kosong, kelihatan sangat² kosong.. hannya
lampu jalan yang menerangi kekosongan, menerangi sesuatu
yang kosong, yang lebih senang dikatakan, sia².. sia² menerangi
suatu tempat yg tidak berpenghuni.. hannya kadang kala,
terdengar salakkan anjing di belakang bangunan... yang sangat
gah bunyinya, tapi tidak kelihatan...

aku melangkah masuk ke dalam 7sebelas, disambut dengan bunyi
peti sejuk yang kuat.. dari jauh aku lihat tiada orang di kaunter..

"hmm, budak nih tido kat blakang kot.."

sampai je aku di kaunter, kelihatan di bahagian bawah, gadis
kecil yg selalu tersenyum pada ku, sedang terlentok... aku
kenal dia,dia selalu senyum pada aku, dan dia juga tau jenis
rokok yang aku hisap, bila dia lihat saja aku melangkah masuk ke
kedai itu, dia dah siap sedia memusingkan badannya dan mencapai
sekotak sampoerna hijau 14 untuk aku... tapi kalinih dia terlena.

aku capai sebatang straw di atas kaunter, lalu lemparkan tepat ke
kepalanya,

tidak sedar....

sebatang lagi aku capai dan lempar, kali nih terkena pada tangannya,

tidak juga sedar....

kelihatan seorang lagi pekerja keluar dari bilik belakang, lalu aku
tegur dia..

"tu, kawan kau kat depan tu dah pengsan" sambil aku tersenyum..

aku berlalu ke belakang, melihat kedalam cermin, untuk memilih air
minuman... tak tau aper yg nak diminum, agak lama aku membelek..
terpandang sebotol air yg menyebapkan aku dibuang kolej...

aku tersenyum..........

"nak bukak sekali tak?" tanya dia...

"hmm, takper ah, boleh pakai gigi..."

"patah gigi tu nanti, gongak, padan muke, dah tak hensem" balas
dia lagi sambil tersenyum manis...

"hmm, sukati ah budak kecitt, nah, bukak..."

sambil bukak penutup botol...

"aper kes nih? baru balik ker?" cubaan berani dia untuk berborak panjang..

"tak lah, baru kluar..." sambil aku tersenyum dan membuka plastik pada kotak rokok..

dia hannya tersenyum...

di luar kedai, aku menyalakan sebatang rokok, sambil menegup air
sundal yg dah lama aku tak minum... hmm.. rasanya tetap sama..
pahit.. dan kelat... tapi naluri manusia yang ingin kan sesuatu
macam aku nih, memang sukar untuk dilarang.... aku duduk di atas
hood depan kereta... dan cuba untuk menenangkan otak..

tak sampai stengah jam, sebatang lagi aku nyalakan... kelihatan
sekawan anjing berlari² keriangan menyelongkar tong sampah..
seperti kanak² membuka pembalut hadiah ketika harijadinya..
sejuk... sangat² sejuk...bermacam benda berpusing² di dalam otak
aku... dari yang membina, hinggalah yang membunuh... dari rasa
kecintaan, sampailah kebencian yg disusuli dengan caci maki busuk...
(kerana datang dari mulut yang busuk berbau asap sampoerna dan
arak murah ini)

kehidupan.. sesetengah perkara, memerlukan suatu tempoh yang
sangat² lama untuk berlaku perubahan... tapi sesetengah perkara
lagi, hannya perlukan sekilas pandangan untuk berubah...
dari yang baik ke buruk,
dari sayang ke benci,
dari suka ke meluat,
dari hidup ke mati...

belum sempat habis air di dalam botol, aku turun dari hood
depan kereta, pergi ke bonet belakang... buka.....

"thanks GOD for the spray can.." walaupun aku tau memang dalam
bonet kereta nih melambak² dengan spray can yang penuh mahupun
yg dah kosong...

aku pergi ke dinding kosong sebelah kedai 7sebelas itu..
dan mula melancapkan tin yang masih penuh lagi.. bergema bunyi
bebola besi yang ada di dalam spray can tersebut menyelinap
masuk ke bangunan² kosong di sekeliling..

si kecil dari dalam 7sebelas tadi pun keluar, memandang aku dari
tepi, aku hannya tersenyum, lalu manudingkan jari ke arah dinding...

"boleh?" tanya aku..

dia tersenyum, dan masuk semula ke dalam kedai.. tanda ok la tu.. heheee...

belum sempat aku nak menyundal, tiba² terdengar semula bunyi
salakan anjing tadi.. kali nih aku lihat, 7-8 ekor anjing mengejar
seekor kucing dan sedang berlari ke arah ku.. dan dengan pantas
juga, tangan aku terus membaling botol arak yg aku pegang
tadi ke arah anjing² itu.. tidak kena, tapi botol tu pecah berderai
di atas jalan dan menyebapkan anjing itu lari... kucing yg dikejar
tadi segera menyelinap masuk ke dalam longkang... hmm...

bila keadaan dah tersepit, sesuatu itu, tak kira haiwan,
atau manusia, perlu mencari jalan penyelesaian, samaada terus lari,
atau menyorok, atau lawan... sekiranya terus lari, lama kelamaan
kau akan penat, dan berhenti juga.. sekiranya kau menyorok dari
masalah, lama kelamaan, ianya akan menjadi bertambah besar,
dan kau terpaksa menghadapinya juga, tapi jika kau lawan,
walaupun tiada pengalaman, tapi ianya akan mendewasakan kau,
dan sekiranya kau kalah, kau kalah kerana berusha..
bukan kerana putus asa...

aku pergi ke longkang, kelihatan si kucing menggigil ketakutan..
aku membongkok dan cuba capai, tapi tak sampai..
bila aku bagun dari longkang, kelihatan seekor lagi anjing
sedang memandang tepat ke arah ku, lebih besar, dan lebih ganas...

"shit!!!" (dalam hati aku mencarut).. aku letakkan spray can
yang aku pegang tadi perlahan² agar tidak didengari,
lalu bangun sementara anjing tadi sudah datang menuju ke arah ku...

"kau buat aper tu?" tanya si anjing...

"ni ha, kucing nih kener kejar anjing, pastu dier lari masuk
longkang, aku nak selamatkan lah.." balas ku kepada anjing besar tu..
dalam hati aku berkata, jangan harap aku nak panggil kau datuk
or tuan or abang.. stakat anjing prebet macam kau, umur setahun
jagung lagi, jangan nak berlagak...

seekor lagi anjing datang kepada ku, mungkin dari dalam kedai
7sebelas tu.. lalu bertanya..

"depan tu kreta kau?"

"a'ah, knaper ek?" aku mencari pasal...

"kau buat aper kat sini?"

adeh, terpaksa lah aku bercerita lagi kepada seekor lagi anjing
nih, nasip baek di sebelah 7sebelas, kalau dalam yahoo massager,
memang aku copy paste jer kat dahi dier aper yg aku dah ceritakan
tadi pada anjing sekor lagi tu..

habis cerita, aku nyalakan sebatang lagi rokok untuk kelihatan
cool di depan anjing tu..

"dah, g balik.." pinta anjing tu pada aku...

aku terus masuk ke dalam kreta, buka tingkap kreta, lalu menghembuskan
asap keluar tingkap ala² gaya hero² melayu yang merokok...


.......hidupkan enjen kereta........

sampai rumah.. ma bising lagi... aku hannya senyum...
dan sambung tidur...

kadang², kita takperlu untuk bersungguh² mencuba melupakan
sesuatu yang kita terlampau taksub untuk melupakan.. kita hannya
perlukan satu situasi yang dapat mengalihkan perhatian minda..
kawan, itu yang paling berkesan untuk melupakan sesuatu yang
menyebapkan kau tertekan.. ok walaupun dalam cerita diatas takder
sentuh apa² pun pasal kawan......



hmm.. ok.. ada...




"sekawan anjing"... heheheeee... :)

Friday, December 5, 2008

Wednesday, December 3, 2008

KaU SUNDaL!!!

aku akui, kita kenal tak lama...
tapi dalam tempoh masa sundal singkat nih, aku dah kenal dengan semua perangai kau, semua gerak kau dapat aku baca, bukan sekali dua kau bersalin kulit sepanjang pengenalan kita, banyak kali!!!!

aku tempat kan kau di tempat yang istimewa, aku belanja kau makan, tiap malam aku ketuk kaca yang memisahkan kita, tapi, akhirnya, kau pergi begitu saja.. kau sundal!!!

aku rindu pada kau, walau aku tahu, kau masih ada di sekeliling ku, kadang terasa, jari jemarimu merayap di pipiku ketika ku sedang tidur, bila terjaga, aku akur, itu hanya ilusi....

ingat tak kau pertama kali bebola mata nih kau tenung?

ingat tak kau pertama kali jari jemari halus kau merayap di tangan ku?

ingat tak kau gelak tawa ku bila melihat telatah kau berlari² kecil?

ingat tak kau betapa bangga nya aku bila membawa kau berjumpa rakan² ku?

kau sundal!!!

kau sundal kerana meninggalkan aku!!!!


hati aku berbelah bagi... kadang² risau tentang keadaan kau bila kau tiada di sisi katil ku, kadang kala aku menyumpah seranah kerana kau sanggup melarikan diri dari aku.. apa salah aku!!!? apa salah aku sampai kau sanggup tinggalkan aku keseorangan menderita macam nih!!!!!?

pergilah... pergilah kalau itu yang kau mahukan.. kebebasan, aku tau, kau idamkan kebebasan yang mutlak.. pergilah... sekurang²nya, kau telah mengajar aku banyak perkara...

sekarang, aku dah tak hiraukan pasal kau lagi... aku sudah ada teman baru, yang lebih mungkil dah besar dari kau, walaupun baru mengenalinya, tapi gerak lembutnya, cukup untuk buat aku melupakan tentang engkau yang tidak mengenang budi... cukup untuk melupakan kau yang murah!!! bukan satu, tapi aku sudah punya dua pengganti mu... baca bibir ku ini sundall!!! DUA!!!! D.U.A!!!!!! paham? yang lebih besar dari kau!!!!

sengaja aku lampirkan sekali warkah ini dengan gambar mereka, dengan harapan bila kau terbaca nanti, kau akan menyesal dengan apa yang telah kau lakukan terhadap diriku, dan diri kau sendiri... btw, mereka lebih gemar bergambar dengan ku dari kau yg hannya tahu melarikan diri...







cik rose hair tarantula








cik red knee tarantula


huh!!! puas hati aku, setakat costarican tiger rump tarantula macam kau, melambak boleh dapat!!!

Tuesday, December 2, 2008

MembUdayAkan BeKaL MakanAN

dari dulu lagi, time aku kecik², ma dah momok kan aku dengan bekal² makanan yang dia masak sendiri, walaupun aku akui ianya kurang enak... kalau tak kentang goreng bersama telur scram, ianya mesti roti yg dipalit² kan dengan mentega kacang yg boleh menyebapkan roti itu melekat² pada gigi ketika dimakan...

skrang nih pun aku dah mula membawa bekal ke office.. bangun pagi, ma sudah ke tempat kerja, hannya akan tinggal aku yg baru bangun,

terkelip² di kaki katil....

membalas msg si dia....

mengetuk² balang kaca di sebelah katil....

menunggu si dia membalas msg kembali....

jika tiada, baru lah aku bangun....

membuat senaman serba sedikit....

siapkan sarapan untuk diri sendiri....

capai tuala di belakang pintu....

kembali mengetuk² balang kaca di sebelah katil....

masuk ke bilik air....

berangan di depan cermin....

mandi....



hari nih aku masak masala roll.... hebat kan? tak lah hebat mana, ianya aku bungkus malam tadi dari kedai mapley, aku hannya perlu masukkan ke dalam oven pagi tadi...

dan bila aku makan di office nih, semua orang akan menjeling kerana kekuranggan kesopanan aku makan depan komputer... lantak ah, nih bekal aku, kalau nak, bawak sendiri!!!! huhuhuhu...

walaupun aku nih seorang perokok yg tegar, tapi sekarang sudah mula kurang menghisap rokok, buktinya, aku masih belum lagi menghisap rokok pagi nih... mungkin akan tiba masanya bila seseorang utu memerlukan, nanti aku sudah sedia...

sarapan pagi nih aku selangkan dengan meylo... hmm... manis.. semanis dia..

ok, nak g sap kok dlu.. heheheeee... ;p