Monday, June 16, 2008

cencorot owh cencorot...

aku baru sampai dari kg, keadaan cuaca yg amatlah panas, membuatkan kesehatan ku sedikit terganggu, yer lah, kerjer sebagai pengurus syarikat macam aku nih dah biaser sangat duduk dalam ekon, badan pun jadi manja lah.. hmm...

balik dari kg, seperti biasa, aku akan pergi berjumpa dengan cencorot buncet (bukan nama sebenar) kesayangan ku nih... pada jumaat malam aku sampai di kampung, dia pula still otw dari kl bersama makcik nya yg bodoh dan degil kerana menahannya dari balik awal, akibatnya, hidung cencorot ku itu berdarah lagi.. sampai jer, dia terus dibawa ke hospital putra, pada masa tu, aku dah siap sedia menunggu di bandar.. incase kalau dia ditahan di hospital, boleh aku terus menemaninya di situ...

waktu di bandar, kebetulan aku bertemu dengan rakan sewaktu aku di kolej dulu, (baca entry seterusnya)

aku tak terus pergi ke hospital kerana agak segan dengan keluarganya.. aku takpernah kenal pun dengan keluarga nya kecuali adiknya yg aku panggil buncet (bukan nama sebenar jugak)
agak bosan menunggu keputusan dan sms darinya, aku pun pusing² lah satu bandar..

jam hampir menunjukkan ke jarum 12.. aku terima sms..

"aku baru tanya doc, n dia bagi aku pulang"


sejuk hati aku membaca sms tu..

No comments: