Wednesday, December 10, 2008

"A PacKeT Of StuPid CiGareT, n A boTTle Of BoRIng BeEr"

aku terbangun tidur, dikejutkan oleh mimpi yang tak best..
aku pandang jam di atas meja sebelah katilku.... 3.50am...
aku mengesat air mata yang kluar, dan cuba pejamkan smula
mata nih...terasa agak pedih, bermacam² persoalan yang
bermain dalam minda... dengan mata yang tertutup, aku cuba
capai hf yang aku lemparkan kebawah sebelum aku tidur tadi..

"hmm.. dah jadi kepada beberapa bahagian.."

dengan malas, aku menyalakan lampu aquarium di sebelah katil
ku,angkat badan yang berat dengan dosa nih dan bersandar di
kepala katil sambil melihat ke arah aquarium.. cik rose hair
sedang menjalankan misinya untuk melepaskan diri.. aku
tersenyum sendiri sambil berkata di dalam hati..

"nanti dah gaji, aku berikan kau tempat yg lebih besar ok?
buat masa nih, kau kongsi lah dulu ruang sempit tu dengan
cik red knee"..

aku membongkok ke bawah, mengutip semula cebisan² hf...
pasang... kemudian kembali bersandar di kepala katil dan
menghidupkan nya... sedikit genggaman erat aku kenakan ke
hf dengan harapan, ianya akan berbunyi..

hampa... yang berbunyi hannyalah cengkerik di dalam bilikku
yang menunggu masa untuk dijadikan makanan kepada cik² yg
berkongsi bilik dengan ku..

aku capai kotak rokok sampoerna di atas meja, seluk kan jari
ke dalam.. kekiri.... kekanan.... hmm...

"habis"

bunyi cengkerik menerjah² telinga ku seperti cuba untuk
menyatakan sesuatu,mungkin menggelakkan aku, sial betul,
lantas aku lemparkan kotak rokok kosong itu kedalam bekas
cengkerik..

"baru kau nak senyap?... hmm..."

aku cuba untuk lelapkan mata semula, tapi sangat² susah
untuk terlena.. yang senang hannya bayangan mimpi berulang²
kali menerjah...

aku bangun semula melafaskan beberapa cerca sula dan maki²
hamun kepada diri sendiri, capai kunci kereta dan keluar
menuju ke 7sebelas di pekan...

di pekan, semuanya kosong, kelihatan sangat² kosong.. hannya
lampu jalan yang menerangi kekosongan, menerangi sesuatu
yang kosong, yang lebih senang dikatakan, sia².. sia² menerangi
suatu tempat yg tidak berpenghuni.. hannya kadang kala,
terdengar salakkan anjing di belakang bangunan... yang sangat
gah bunyinya, tapi tidak kelihatan...

aku melangkah masuk ke dalam 7sebelas, disambut dengan bunyi
peti sejuk yang kuat.. dari jauh aku lihat tiada orang di kaunter..

"hmm, budak nih tido kat blakang kot.."

sampai je aku di kaunter, kelihatan di bahagian bawah, gadis
kecil yg selalu tersenyum pada ku, sedang terlentok... aku
kenal dia,dia selalu senyum pada aku, dan dia juga tau jenis
rokok yang aku hisap, bila dia lihat saja aku melangkah masuk ke
kedai itu, dia dah siap sedia memusingkan badannya dan mencapai
sekotak sampoerna hijau 14 untuk aku... tapi kalinih dia terlena.

aku capai sebatang straw di atas kaunter, lalu lemparkan tepat ke
kepalanya,

tidak sedar....

sebatang lagi aku capai dan lempar, kali nih terkena pada tangannya,

tidak juga sedar....

kelihatan seorang lagi pekerja keluar dari bilik belakang, lalu aku
tegur dia..

"tu, kawan kau kat depan tu dah pengsan" sambil aku tersenyum..

aku berlalu ke belakang, melihat kedalam cermin, untuk memilih air
minuman... tak tau aper yg nak diminum, agak lama aku membelek..
terpandang sebotol air yg menyebapkan aku dibuang kolej...

aku tersenyum..........

"nak bukak sekali tak?" tanya dia...

"hmm, takper ah, boleh pakai gigi..."

"patah gigi tu nanti, gongak, padan muke, dah tak hensem" balas
dia lagi sambil tersenyum manis...

"hmm, sukati ah budak kecitt, nah, bukak..."

sambil bukak penutup botol...

"aper kes nih? baru balik ker?" cubaan berani dia untuk berborak panjang..

"tak lah, baru kluar..." sambil aku tersenyum dan membuka plastik pada kotak rokok..

dia hannya tersenyum...

di luar kedai, aku menyalakan sebatang rokok, sambil menegup air
sundal yg dah lama aku tak minum... hmm.. rasanya tetap sama..
pahit.. dan kelat... tapi naluri manusia yang ingin kan sesuatu
macam aku nih, memang sukar untuk dilarang.... aku duduk di atas
hood depan kereta... dan cuba untuk menenangkan otak..

tak sampai stengah jam, sebatang lagi aku nyalakan... kelihatan
sekawan anjing berlari² keriangan menyelongkar tong sampah..
seperti kanak² membuka pembalut hadiah ketika harijadinya..
sejuk... sangat² sejuk...bermacam benda berpusing² di dalam otak
aku... dari yang membina, hinggalah yang membunuh... dari rasa
kecintaan, sampailah kebencian yg disusuli dengan caci maki busuk...
(kerana datang dari mulut yang busuk berbau asap sampoerna dan
arak murah ini)

kehidupan.. sesetengah perkara, memerlukan suatu tempoh yang
sangat² lama untuk berlaku perubahan... tapi sesetengah perkara
lagi, hannya perlukan sekilas pandangan untuk berubah...
dari yang baik ke buruk,
dari sayang ke benci,
dari suka ke meluat,
dari hidup ke mati...

belum sempat habis air di dalam botol, aku turun dari hood
depan kereta, pergi ke bonet belakang... buka.....

"thanks GOD for the spray can.." walaupun aku tau memang dalam
bonet kereta nih melambak² dengan spray can yang penuh mahupun
yg dah kosong...

aku pergi ke dinding kosong sebelah kedai 7sebelas itu..
dan mula melancapkan tin yang masih penuh lagi.. bergema bunyi
bebola besi yang ada di dalam spray can tersebut menyelinap
masuk ke bangunan² kosong di sekeliling..

si kecil dari dalam 7sebelas tadi pun keluar, memandang aku dari
tepi, aku hannya tersenyum, lalu manudingkan jari ke arah dinding...

"boleh?" tanya aku..

dia tersenyum, dan masuk semula ke dalam kedai.. tanda ok la tu.. heheee...

belum sempat aku nak menyundal, tiba² terdengar semula bunyi
salakan anjing tadi.. kali nih aku lihat, 7-8 ekor anjing mengejar
seekor kucing dan sedang berlari ke arah ku.. dan dengan pantas
juga, tangan aku terus membaling botol arak yg aku pegang
tadi ke arah anjing² itu.. tidak kena, tapi botol tu pecah berderai
di atas jalan dan menyebapkan anjing itu lari... kucing yg dikejar
tadi segera menyelinap masuk ke dalam longkang... hmm...

bila keadaan dah tersepit, sesuatu itu, tak kira haiwan,
atau manusia, perlu mencari jalan penyelesaian, samaada terus lari,
atau menyorok, atau lawan... sekiranya terus lari, lama kelamaan
kau akan penat, dan berhenti juga.. sekiranya kau menyorok dari
masalah, lama kelamaan, ianya akan menjadi bertambah besar,
dan kau terpaksa menghadapinya juga, tapi jika kau lawan,
walaupun tiada pengalaman, tapi ianya akan mendewasakan kau,
dan sekiranya kau kalah, kau kalah kerana berusha..
bukan kerana putus asa...

aku pergi ke longkang, kelihatan si kucing menggigil ketakutan..
aku membongkok dan cuba capai, tapi tak sampai..
bila aku bagun dari longkang, kelihatan seekor lagi anjing
sedang memandang tepat ke arah ku, lebih besar, dan lebih ganas...

"shit!!!" (dalam hati aku mencarut).. aku letakkan spray can
yang aku pegang tadi perlahan² agar tidak didengari,
lalu bangun sementara anjing tadi sudah datang menuju ke arah ku...

"kau buat aper tu?" tanya si anjing...

"ni ha, kucing nih kener kejar anjing, pastu dier lari masuk
longkang, aku nak selamatkan lah.." balas ku kepada anjing besar tu..
dalam hati aku berkata, jangan harap aku nak panggil kau datuk
or tuan or abang.. stakat anjing prebet macam kau, umur setahun
jagung lagi, jangan nak berlagak...

seekor lagi anjing datang kepada ku, mungkin dari dalam kedai
7sebelas tu.. lalu bertanya..

"depan tu kreta kau?"

"a'ah, knaper ek?" aku mencari pasal...

"kau buat aper kat sini?"

adeh, terpaksa lah aku bercerita lagi kepada seekor lagi anjing
nih, nasip baek di sebelah 7sebelas, kalau dalam yahoo massager,
memang aku copy paste jer kat dahi dier aper yg aku dah ceritakan
tadi pada anjing sekor lagi tu..

habis cerita, aku nyalakan sebatang lagi rokok untuk kelihatan
cool di depan anjing tu..

"dah, g balik.." pinta anjing tu pada aku...

aku terus masuk ke dalam kreta, buka tingkap kreta, lalu menghembuskan
asap keluar tingkap ala² gaya hero² melayu yang merokok...


.......hidupkan enjen kereta........

sampai rumah.. ma bising lagi... aku hannya senyum...
dan sambung tidur...

kadang², kita takperlu untuk bersungguh² mencuba melupakan
sesuatu yang kita terlampau taksub untuk melupakan.. kita hannya
perlukan satu situasi yang dapat mengalihkan perhatian minda..
kawan, itu yang paling berkesan untuk melupakan sesuatu yang
menyebapkan kau tertekan.. ok walaupun dalam cerita diatas takder
sentuh apa² pun pasal kawan......



hmm.. ok.. ada...




"sekawan anjing"... heheheeee... :)

2 comments:

dumdum said...

bagus entry ni..even panjang,tapi aku rasa aku paham,paham sangat mesej yg kamu nak cakap..anjing besar tu pun macam kenal je hakhak..

SUNDAL JALAN said...

panjang dan membosankan..