Tuesday, January 20, 2009

indah hari ini?

-secawan kopi pagi tadi yg dah sangat² sejok giler, dah lebih sejuk dari kopi o ice..
-sebotol air tropicana twis (semalam punyer)
-beberapa cebisan lego yang telah disambung²kan menjadi sebijik handfone..
-satu kelendar dari kilang kereta buatan jepun
-taburan kertas yg berselerak tanda aku rajin buat² kerja
-dan sedikit kasih sayang di sudut meja..

indah giler hari nih, aku boleh buat kerja tanpa gangguan dari anasir² jahat, takperlu melayan kerenah makhluk halus yang seybuk berdecit² di hf mengingatkan sesuatu yang menggusarkan. mengingatkan sesuatu yang tiada kena mengena denganya. takperlu melayan perasaan si perasaan yg mengada² minta dimanja²kan, tak perlu menyemakkan kepala dengan masalah dan perasaan orang laen yang mengganggu kosentrasi dan kredebeliti kerja ku..

owh indahnya hari ini bila berjauhan dan diabaikan... bagai berada di dalam graviti sifar. terbang bebas tanpa kaca di mata... boleh hinggap dimana² bintang, si perasaan pasti sedang menggigil, menderita, mengerengkot kesejukan di office.. padan muka, saper suruh tak bawak baju sejuk... sebok dengan perasaan kau saje, perasaan aku, kau sekat, aku bukan seorang yg perlu duduk di hujung sudut meluahkan semua cerita...

pulang lah kau wahai si perasaan, masa kerja kau dah habis, kalau aku tak penat ataupun terlupa ataupun apa² sahaja alasan ku yg takperlu kau ambil tahu, nanti aku msg kau, dan berikan sedikit harapan....

2 comments:

boleh jadi perempuan yang duduk disebelah kau said...

err. aku suka ayat "dan sedikit kasih sayang di sudut meja"

indah bila baca.

Silent Hill said...

ayat bergulung2 weh.