Monday, January 19, 2009

pagi sejuk, tengah hari panas, petang berangin, malam angin kencang, awal pagi sunyi sendiri, tapi tetap tiada hujan..

cuaca sekarang sangat mudah dibaca, masuk je tahun baru, setiap pagi pasti aku akan kena selsema kerana kesejukan, tambahan tiada yang sudi mengejutkan untuk menutup kipas.. tengah hari, aku akan mula mencarut² kerana cuaca sangat² panas. terasa seperti dijerang dalam periuk nipis yang kering, kering dengan luahan² rasa. petang pula aku akan berangan² untuk bermaen layang² dengan keadaan angin yang sepoi² bahasa, seperti memberi harapan dan sinar baru, seperti menjanjikan keindahan di malam hari, manakala malam, angin yang sangat² kencang, sampai boleh mematahkan layar screen besar di mapley.. huhuhu... angin kering yang menyebabkan aku batuk².. tetapi aku masih lagi belum bertemu dengan hujan... hmm, mungkin cuaca terlalu kering hingga awan pun dah mula giveup untuk berfungsi...

p/s: sila banyakkan minum air masak sewaktu cuaca kering begini, agar tubuh badan anda tidak kering. terutamanya bahagian hati.

No comments: