Monday, January 19, 2009

KemAriN YanG KakU...

"kalau kau .........
buat apa kau ........???"
from: ......ku
8:31pm 17/1/09

aku bangun dari katil yang menjanjikan kemalasan untuk diri nih, mata sedikit berkaca, tiada apa kata² yang sesuai untuk ku balas, aku tiba² tergamam.. semua bagaikan berhenti.. aku kaku...
lantas sedikit kata² aku balas untuk menyedarkan diri sendiri.. bait² perkataan aku susun seeloknya...

aku bangun dari katil yang menjanjikan kemalasan untuk diri nih, mata sedikit berkaca, aku berjalan ke dalam bilik air, menghadap cermin yang setia menasihatkan diri ini betapa aku tidak pernah layak untuk menikmati yang indah² dalam dunia nih.. aku kaku...
lantas sedikit kata² aku balas untuk menyedarkan diri sendiri.. bait² perkataan aku susun seeloknya dan aku ludahkan tepat ke cermin...

aku bangun dari katil yang menjanjikan kemalasan untuk diri nih, mata sedikit berkaca, aku hidupkan enjen kereta, tekan pedal minyak dan biarkan fikiran melayang menyusuri lampu² yang menyakitkan mata...
lantas sedikit kata² aku balas untuk menyedarkan diri sendiri.. bait² perkataan aku susun seeloknya dan aku telan sendiri...

aku bangun dari katil yang menjanjikan kemalasan untuk diri nih, mata sedikit berkaca, aku menggosok² mata, dan berpaling ke katil semula, aku lihat, diri aku sendiri yang masih terbaring kaku diatas katil....

aku kaku.. aku hannya berangan untuk kecapi yang indah², tapi aku hannya berusha untuk yang indah, bukan berusha untuk keselesaan selepas setiap keindahan...

aku kaku.. aku hannya berangan untuk kecapi mimpi, tapi aku hannya berusha untuk bermimpi, bukan berusha untuk merialisasikan mimpi² itu...

aku kaku.. aku hannya sedar bahawa semuanya akan tetap berakhir, tapi aku hannya berusha untuk menghabiskan masa bersama sebelum ianya berakhir, bukan berusha untuk mengubah titik akhir kepada titik permulaan untuk diriku...

No comments: