Monday, January 19, 2009

mudah kan?

aku ada 4 ekor kucing, seekor berwarna putih, jadi aku berikan nama "putih" untuknya, seekor lagi kelihatan agak gemuk, ia abang kepada si putih, aku berikan nama "gemuk" untuknya.. putih dan gemuk lahir serentak bersama 4 ekor lagi yang telah aku beri pada orang laen.. kelahiran seterusnya, juga 6 ekor, tapi sekarang hannya tinggal seekor, oleh kerana pada masa itu, dia yang paling kecil, jadi aku panggilnya dengan gelaran "kecik".. kelahiran seterusnya, diserikan dengan 4 ekor anak kucing,tapi yang kekal hannya seekor, yang laen telah dibaham oleh kucing jantan laen, pada mulanya, aku ingin menukarkan nama "kecik" kepada kucing nih, tapi si"kecik" kelihatan seperti merajuk apabila aku dah tak panggil nametu pada dia, so anak kucing itu ku beri nama "comot", kerana keadaan fizikal dan warna bulunya yg agak comot... btw, ibu kepada semua kucing² diatas, aku berikan nama "kucing".... mudah kan?

selain kucing, aku juga ada menternak labah².. bukannya labah² kecil yang biasanya diletakkan dalam kotak mancis bersama daun serai, tapi labah² nih yg jenis besar sikit... tarantula.. pada mulanya, aku cuma membela seekor anak labah² kecil berusia 5 minggu jenis costarican tiger rum, aku berinama "tiger rum", dan beberapa bulan yang lalu, "tiger rum" berjaya melarikan diri, lantas, aku gantikan dengan 2 ekor tarantula yang aku beli dari penternak, maksud penternak adalah, orang yang menternak tarantula, bukannya menangkap, seekor rose hair dan seekor red knee yg berusia 1 tahun dan 8 bulan. tarantula rose hair itu aku berikan nama "cik rose hair" manakala red knee pula aku berikan nama "cik red knee".. beberapa minggu lalu, sewaktu aku mengemas bilik, aku terjumpa semula "tiger rum" yg dah agak besar.. mungkin sudah 2-3 kali salin kulit.. hmm... "cik red knee", "cik rose hair", dan "tiger rum"... mudah kan?

kemarin, aku dapat seekor anak anjing, baka german shepherd.. berwarna hitam, aku berikan nama "hitam"... mudah kan?

aku juga ada 30 ekor kambing boer pure blood yang diimport dari soulth africa, oleh kerana terlalu banyak, aku hannya memanggil kesemua kambing² itu dengan satu nama... "kambeng"... mudah kan? hmm....

4 comments:

boleh jadi perempuan yang duduk disebelah kau said...

oh..kau membuatkan aku cepat2 nak dapatkan kucing sebagai pet aku yg pertama tahun ini..

btw, nak tanya. susah ke nak jaga tarantula. maksud: dari segi makan. dia makan apa? dia ganas tak? i mean dia just merayap mcm tu je ke or dia gigit. err.. gigit ke? or sengat? ala, i have no idea but curious nak tahu.

then betul ada german shepherd? mana dapat? aku tanya mak aku. and she said get ur own place and u can have one.

SUNDAL JALAN said...

t's, senang jer nak jager.. kalau yg kecil bagikan makan jari kelingking, mana yang besar, berikan makan ibu jari kau, kalau tak cukup, bagi makan ibu jari kaki pun boleh, haha, tak lah, pinkhead cricket boleh bagi, meal worm pun boleh, kalau dah besar sangat tu dan kau pulak datang dari jenis manusia yg malas nak bagi makan walau pun seminggu sekali, bagi kan makan pink mice, 3-4 minggu takyah bagi makan lagi.. gigit? tak lah, bergantung pada jenis t's tu gak, kalo cam cik rosehair dan cik redknee, bukan dari jenis yg agresif sangat, paling tidak pun, tangan kau akan jadi gatal² sebap bulu² nya yg menggatalkan.. german shepherd tu, tak dapat, tapi beli.. hehe, sajer jer taruk ayat "dapat".. mengubat kerinduan diri sendiri yg dah lamer tak dapat hadiah.. beli rm800, hmm, aku tak tanyer ma aku pun, sebap aku dah tau jawapannyer.. sebap tu jugak lah si hitam aku taruk kat kandang kambing, heheee...

boleh jadi perempuan yang duduk disebelah kau said...

oh kau pencinta binatang. bagus!!

aww.. aku mcm nak tgk pic hitam. ada tak?

aku berkira nak bela kucing dulu

kakimaukah said...

banyak ayat m.u.d.a.h dlm entri ni..